Salah satu rangkap dalam lagu tu berbunyi begini:
Buai laju-laju,
Sampai pokok sena;
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga Cina.
Apapun Kak Yah bukanlah nak citer panjang tentang lagu ni. Macam yang Kak Yah dah kata mula-mula tadi, Kak Yah nak citer tentang bunga Cina.
Kepada sesiapa yang belum kenal bunga Cina, silalah tengok gambar kat bawah ni. Inilah rupanya bunga Cina tu.
Bunga Cina/Melur (Gardenia augusta/jasminoides) |
Pasti ada yang cakap: Ini bunga Melur! Memang betul tu. Bunga Cina juga dikenali sebagai bunga Melur. Dalam istilah sainsnya disebut Gardenia augusta/jasminoides. Jasmine tu melurlah! Di Indonesia, bunga ini dikenali sebagai Melati atau Melur Cina.
Untuk pengetahuan korang sumer, bunga Cina ni ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari negara Asia dan banyak didapati tumbuh secara liar di India, Jepun, Vietnam, Taiwan dan Myanmar. Di negara China, tumbuhan ini telah ditanam sejak lebih seribu tahun yang lalu dan hanya mula dibawa ke England dan ditanam sebagai tanaman hiasan pada pertengahan kurun ke 18. Selepas itu banyaklah spesies baru bunga Cina hasil kacukan dan sebagainya.
Tumbuh Meliar di Kawasan Pergunungan Asia |
Bunga ini berwarna putih, sangat harum baunya dan mekar sepanjang tahun . Daunnya pula hijau berkilat. Pokok bunga ini sesuai juga dijadikan sebagai pokok pagar. Sesuai ditanam di kawasan yang menerima banyak cahaya matahari dan mempunyai saliran air yang baik serta tanah yang agak berasid. Kalau kekurangan asid, daunnya akan berwarna kuning. (Tips: Untuk mengatasi masalah ini, campurkan sedikit cuka makan atau jus limau segar ke dalam air siraman dan semburkan ke atas tanah di sekeliling pokok bunga ini.)
Sejenis Variasi Bunga Cina/Melur |
Pokok bunga Cina ini membiak secara keratan batang. Rendam dulu keratan batang yang agak tua di dalam air suam sebelum ditanam ke dalam tanah. Siram setiap hari untuk pertumbuhan akarnya.Tunas baru akan muncul selepas lebih kurang 6 minggu.
Bunga Cina digunakan sebagai kalung di kalangan penduduk Kepulauan Polynesia. Di Korea pula, buahnya digunakan dalam pembuatan pencelup kuning untuk makanan dan pakaian. Masyarakat di negara China menggunakan bunga ini dalam perubatan tradsional mereka. Bunga ini dkatakan boleh menyembuhkan penyakit sendi. Di Malaysia, daun pokok ini digunakan untuk menambah air susu ibu.Caranya ialah dengan menggiling daun tersebut hingga halus dan menampalnya di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi. Cuci dahulu sebelum menyusukan bayi.
(Gambar-Gambar: Wikipedia)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar