Alamanda - Bunga Yang Kuning-Kuning Tu... |
Iya, iya... yang mana satu ni ha? Alahhh... yang kuning-kuning tu...Yang kuning-kuning tu...ala...ala...isy,isy, Kak Yah dah lupalah namanya... Cuba ingat betul-betul, pokok apa? Ala... ha, ALAMANDA. Eh, macam nama shopping mall je. Okaylah dah ingat, hehehe.
Bunga ni senang nak hidup dan mudah dijaga.Kalau hari panas dia akan sentiasa mengeluarkan bunga. Bunga-bunganya yang berwarna kuning tu, sudah tentu ramai orang suka. Benih pokok ni diambil dari keratan batang. Pastu tanam di atas tanah dan boleh kita tanam dia secara berkelompok atau dalam satu barisan rapat-rapat. Ditanam dalam pasu pun boleh.
Alamanda - Dari Jarak Dekat |
Masa kecik-kecik dulu, kami adik beradik pompuan petik bunga ni banyak-banyak. Pastu cucuk kat tali batang pisang; kami buat rantai leher, hiasan kepala, buat benggel (bangle) dan macam-macam lagi. Syoknya... Konon nak jadi ratu cantik orang kat pulau Hawaii tu, hehehe. Hai Kak Long, Kak Ngah dan Kak Lang, masih ingat lagi tak? Ha... ada sesuatu yang terjadi masa tu, kan?. Setakat masa ni, belum sorang pun pecah rahsia tu kan? JANJI, SIMPAN! Ingat ye, wahai pompuan dot, dot, dot. Hehehe...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar