Nah! Sekarang ni pokok pudinglah yang dicari-cari. Pokok puding mempunyai pelbagai campuran warna dalam satu daun. Itu yang membuatkannya unik berbanding pokok lain. Kak Yah adalah salah sorang yang giler sangat dengan pokok-pokok puding ni. Tambahan pulak cuaca sekarang ni sangat panas, sesuai sangatlah untuk Si Puding ni. Dalam keadaan cuaca yang panas begini pokok puding dapat membentuk corak daun dengan warna yang terang dan memikat hati penggemar seni taman.
Pokok puding memerlukan siraman yang cukup pada waktu panas dan siram bila perlu saja pada hari hujan. Kekadang tu Kak Yah tak siram pun , tapi hidup subur gak . Mungkin sebab Kak Yah tanam pokok-pokok puding tu kat tepi-tepi tebing sungai kat rumah Kak Yah. Itulah sebabnya puding tu tak kisah.
Kalau ada sesiapa nak cuba-cuba tanam pokok puding ni, sediakan dulu pasu, tanah dan keratan benih puding ni. Pastu tanam seperti biasa. Siram tanaman tu 2 kali sehari. Pagi sekali dan petang sekali. Seterusnya dibajalah dengan baja tahi ayam atau baja tahi kelawar yang dah diproses. Campuran yang sesuai untuknya ialah dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Baja kandang / Tanah gambut: Pasir sungai ).Tapi kalau tak tau langsung bab-bab tanah ni, korang boleh pergi beli je kat nursery tu. Beli sekali alat-alatnya dan anak pokok puding tu. Balik rumah terus tanam, lagi senang.
Wahai peminat pokok puding sekelian, marilah sama-sama kita tanam pokok ni dari sekarang. Masa akan datang susah nak cari pokok puding kampung ni. Kalau yang dah dikacuk tu, banyak dijual kat mana-mana nursery kat Malaysia ni. Nak cari yang ori tu, payahlah sikit Jadi rebutlah peluang ni.....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar