Desert Petunia ( Petunia Gurun ) |
Mula-mula dulu Kak Yah mintak bunga ni kat orang asli yang tinggal di Hulu Pangsun tu. Masa tu Kak Yah jalan-jalan sambil tengok pokok-pokok bunga yang ada kat kawasan diorang tu. Kak Yah ternampaklah ada banyak bunga warna ungu yang ditanam kat rumah seorang budak (anak Orang Asli).
"Hai, buat apa tu dik?" Kak Yah menyapa.
"Tak buat apa-apa. Aku cuma bersihkan kawasan bunga-bunga ni aje! Kenapa kak?"
"Cantiklah bunga tu; apa namanya?"
Cantik Ditanam Berkelompok |
"Entah, aku pun tak tau! Aku tanam aje! Kalau kakak mau, ambillah." Macam dia tau lak keinginan Kak Yah.
"Bunga ni senang sangat nak hidup. Kakak patahkan je batang pokok ni, lepas tu cucuk je ke tanah, nanti hiduplah dia. Tak payah nak dijaga sangat, nanti dia hidup sendiri. Tapi kalau hujan tak turun-turun, kenalah kakak siram dia, kalau tak nanti matilah, hehehe..." Dia menjelaskan dengan panjang lebar macam seorang pakar bunga.
Kak Yah pun ambillah sedikit dan bawak pulang.
Sejak hari tu sehingga kini bunga yang ditanam tu tak mati-mati dan hidup subur selalu. Kak Yah bagi pokok bunga tu baja tahi ayam, lagi menjadi-jadi. Pokok bunga ni tumbuh tak tinggi sangat pun; lebih kurang 1 meter. Oleh sebab bunga ni senang nak hidup, campaklah kat mana pun dia akan hidup jugak. Cuaca panas atau hujan pun tak kisah, hidup semacam je! (Nampaknya kena buat kajian tentang bunga ni, sebab hidup tak kisah).Tapi yang pelik tu kenapa namanya Desert Petunia (Petunia Gurun). Nampaknya pasni Kak Yah kena tanya Abang Prof, hahaha...(berusaha sekuatnya untuk dapatkan info tentang bunga ni). Maklum sajalah, sekarang nilah masanya nak ambil tau semua benda-benda, terutama bab-bab bunga ni, hehehe... (jangan selalu buat tak kisah, nanti hidup serba serbi susah, tau tak pe!).
Maklumat dari Bang Prof menyatakan bahawa bunga ni didapati hidup di kawasan gurun maka sebab itulah dia boleh tahan dengan apa jugak cuaca yang ada. Berbunga pulak sepanjang tahun. Patutlah asyik berbunga dan gugur dan kemudian berbunga lagi.Betul-betul hebat dan kuat pertahanannya. Patutlah bila dicampak ke longkang pun boleh hidup. Kalau di gurun bunga ni boleh hidup subur, inikan pulak di dalam longkang! (ada aku kisah!).
Tengok Tu, Si Lebah Dah Masuk! |
Oh ye, bunga ni sangat digemari oleh serangga-serangga seperti lebah, kumbang dan rama-rama. Patutlah setiap kali Kak Yah nak kutip bunga ni ada saja kumbang yang datang hinggap lalu masuk ke dalam lubang bunga tu. ( Bunga ni ada lubang di tengah-tengahnya.) Bau bunga tu yang menyebabkan kumbang tu masuk ke dalam. Barulah Kak Yah tau tentang bunga ni. Sesiapa yang nak tanam bunga ni, cubalah tanam berbaris atau berkelompok-kelompok. Setelah bunga ni hidup subur, ia akan kelihatan sangat cantik dan memikat hati anda sampai bila-bila. Kecantikannya akan kekal sepanjang tahun sepertimana namanya: Si Kembang Gurun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar