Ye! Betul tu, ada...memang ada pokok tu. Kalau korang nak tau, semalam Kak Yah pergi lagi ke
nursery tempat biasa tulah. Masa Kak Yah masuk je Kak Yah ternampak pokok tu . Amboi, cantiknya pokok tu. Berwarna-warni tu sudah tentulah. Tapi yang pelik tu, kenapa nampak macam kena suntik je pokok-pokok ni. Nampak macam serupa je dengan pokok yang Kak Yah tanam. Kak Yah pun belek-belek pulak daunnya: ternyata memang serupa dengan koleksi pokok-pokok yang Kak Yah ada. Tapi... Kak Yah masih tak puas hati lagi, sebab dedaun pokok ni lebar-lebar, warnanya pulak terang-terang dan daunnya tu selain lebar, nampak berkilat-kilat pulak tu!. Itu pun Kak Yah masih tak puas hati lagi. Kenapa pokok tu gemuk-gemuk? ( Lihatlah gambar-gambar di bawah ni yang Kak Yah petik dari
www.siamcroton.com ). Jadi Kak Yah pun tanya kat Kay ( taukeh
nursery tu ).
| |
Wow! Daun Lebar-Lebar; Warna Merah Sangat! |
|
Cantiknya Puding Hybrid Ni! |
|
Pokok Keladi Siam |
Setelah dijelaskannya pada Kak Yah ...
Oh...patutlah pokok-pokok puding dan pokok keladi tu nampak sangat berbeza dengan yang Kak Yah punya. Hahaha.... Korang nak tau kenapa Kak Yah ketawa besar? Rupa-rupanya pokok-pokok tu dah di
upgradekan terlebih dahulu bakanya. Baka yang baik inilah yang terjual di pasaran. Patutlah cantik. Hai, ingatkan orang je nak cantik; pokok ni pun nak jugak. Baru tau pokok puding dan pokok keladi ni cantik sebab diorang pakai '
Botox'(?), hahaha... Taukeh tu kata, pokok puding dan keladi ni diimport dari negara Siam. Bakanya semua bagus-bagus belaka tapi harga agak tinggi jugaklah.
Hmhmhm... Patutlah yang Kak Yah tanam ni tak berapa nak cantik, daunnya pun tak lebar dan pokoknya pun tak gemuk-gemuk walaupun diletakkan di tempat yang banyak cahaya matahari. Walhal kita semua tahu yang pokok puding ni sangat memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk ia mengeluarkan warna yang cerah dan terang. Kalau tanam di tempat yang terlindung dari cahaya matahari, nanti daunnya nampak lebih hijau dan malap tak berwarna-warni. Selain itu, pokok puding ni memang mudah untuk ditanam, hanya memerlukan keratan batangnya saja. Biasanya Kak Yah tanam buat bunga pagar je sebab pokok ni sangat kuat dan mempunyai usia yang panjang. Pokok ni boleh hidup sendiri dan tak perlu rawatan rapi.
|
Keladi Kita |
|
Puding Kak Yah: Daunnya Tak Lebar Pun |
|
Warnanya Tak Cerah |
Lain pulak ceritanya dengan pokok keladi. Pokok Keladi ni pulak tak sesuai didedahkan sangat kat cahaya matahari. Sekiranya diperlakukan demikian, daunnya akan melecur macam terbakar. Jadi tempatkannya di kawasan yang terlindung tetapi masih menerima cahaya matahari. Mungkin sebab itulah pokok puding dari negara Siam tu lebih menarik dibandingkan dengan Kak Yah punya. Kak Yah bagi baja tahi ayam je, dah tentulah tak boleh nak bersaing dengan diorang. Berkualiti dan harganya tinggi! Kalau macam tu, pasni Kak Yah nak cuba rawat pokok puding dan pokok keladi tu supaya nampak lebih menarik dan lebih seksi warnanya. Hahaha... Akan menjadi yang terbaik punya! '
Made In Malaysia'. Hahaha...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar