Bunga Dan Racun

Yahoo! (Bukan Yahoo kat internet tu, tapi yahoo seronok; sangat seronok!) Esok cuti lagi bolehlah buat kerja lebih sikit nak rawat bunga-bunga tu, bestnya! Kak Yah nak bubuh baja bunga untuk pokok-pokok  yang berbunga dan baja tahi ayam untuk yang berdaun hijau. Tapi kalau baja bunga dah habis, Kak Yah pakai baja tahi ayam jugak (untuk semua pokok-pokok tu). Asal jangan mati sudah, hehehe...

Seronoknya malam ni: Kak Yah sedang santai tengok buku gardening yang Kak Yah beli tempoh hari. Buku ni agak mahal harganya, tapi kalau dah minat tu belilah jugak, kan? (masa tu anak bujang yang belanja). Kak Yah  memang tak pernah bosan kalau tengok gambar bunga-bunga yang ada dalam buku tu. Best sangat! Tapi...perut pulak meragam, macam mana ni? Aduh! Gastriklah pulak. Biasalah Kak Yah ni, selalu tak ingat nak jaga kesihatan, asyik ingat nak jaga bunga je! Waktu petang biasanya minum petang; makan goreng pisang ke atau kuih cakoi dan minum kopi. Petang tadi perut ni tak terasa lapar pulak sebab tulah tak makan.

Kak Yah pun stop kejap (nak ke dapur ambil makanan). Sebelum ke dapur Kak Yah tengok jam dinding baru pukul 9 malam, sempatlah nak berblog pasni nanti (cadangnya).

"Bang! Yah nak makan ni, abang nak join sekali ke?"

"Haik! Sejak bila makan waktu malam ni?"

"Alah... laparlah, tadi terlupa nak makan!"

"Hmhmhm...Takpelah. Yah makan sorang jelah. Abang masih kenyang lagi..." (Cik Abang macam tak berkenan je bunyinya).

 Kak Yah pun santaplah sorang-sorang ...

"Sedap jugak sambal udang petai ni, ye! Hehehe..."

 "Kunyah perlahan-lahan, nanti tercekik," Cik Abang  macam nak marah je tu!

"Bukan marah, cuma nasihat." Haik? Faham pulak dia, ye.

Belum sempat Kak Yah menghabiskan makanan, tiba-tiba plop! Rumah jadi gelap-gelita...

"Alamak! Blackoutlah! Apa yang nampak lagi ni? Sambal udang petai pun dah tak nampak, macam mana nak terus makan ni?"

Takut nanti Kak Yah betul-betul tercekik, parahlah dibuatnya.

"Bang! Gelap ni... Abang duduk kat mana?"

"Nanti abang pasangkan lilin.Yah duduk diam-diam kat situ, okay!"


"Abang pasang lilin tu banyak-banyak ye, nanti teranglah rumah kita bang?"

"Kata jelah awak tu penakut."

Wow! Sekarang semuanya dah nampak.  

"Lagi best, macam Deepavali pulak, ye bang!"

"Hai Cik Yah sayang! Besok kan Perayaan Deepavali, dah tak ingat ke?"

"Iyelah bang! Macam tau-tau je nak blackout malam ni, hahaha...".

Pas makan ni rehat jelah nampaknya. Apa nak buat lagi kalau dah takde elektrik. Nak tengok tv pun tak dapat. Tidur jelah nampaknya. Kalau besok cuti Deepavali, baik Kak Yah pergi nursery (itupun kalau dia bukak; dapat cari bunga yang dah lama Kak Yah cari-cari ni. Korang nak tau bunga apa yang Kak Yah cari?

Namanya sedap didengar dan rupanya jugak sangat menawan dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Bunganya berwarna-warni; ada yang merah, ada yang kuning, oren, putih, pink dan banyak lagi. Tapi sayang seribu kali sayang.... kalau tersentuh lalu terkena getah batang pokok tu boleh menyebabkan banyak penyakit dan kalau termakan banyak boleh membawa maut rupanya; kerana keseluruhan bahagian tumbuhan itu sangat beracun. Oleander namanya. Memang sayang seribu kali sayang, sebab tauke kat nursery tu pun dah tak jual bunga tu dah... bahaya katanya. Tak dapat beli pun tak apalah, janji dapat tengok gambar-gambarnya.

Inilah Bunga Itu: Oleander Namanya
Ini Biji Benihnya
Yang Ini Pulak Putiknya
...dan Yang Akhir Sekali Ni ialah Pokoknya!


Happy Deepavali kepada sesiapa yang merayakannya!

P.S. Citer tentang bunga beracun ni, Kak Yah teringat pulak kat sebuah lagu. Klik video kat bawah kalau nak dengar lagu tu.




(Foto-foto: Wikipedia)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar