"Racun apa Kak Yah pakai?"
(Kak Yah tak pakai racun; Kak Yah pakai baju, pakai tudung .. hehe ..)
"Kat mana nak dapat racun tu?"
"Mahal ke? Berapa harga sebotol/sepaket?"
... dan macam-macam soalan lain yang berkaitan dengan racun perosak tanaman.
Contoh Sejenis Serangga Perosak Tanaman |
Kak Yah ni bukanlah seorang pakar dalam perkara ni. Tapi daripada pengalaman yang taklah banyak sangat ni, taulah jugak sikit-sikit macam mana nak mengatasi masalah yang dihadapi oleh, kalau tak semua pun, kebanyakan penanam bunga dan penanam sayur.
Jadi, hari ni Kak Yah nak bagi tau korang cara membuat sendiri "racun" perosak tanaman tapi yang bestnya, cara ni tak memerlukan belanja yang banyak dan boleh dibuat sendiri kat rumah masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan yang biasanya ada kat rumah korang sumer dan "racun" yang dihasilkan tu tak bahaya pada kita!
"Betul ke Kak Yah? Bestnya ... Camner caranya? Cepatlah bagitau!"
"Sabar ... sabar ... Sat lagi aku habaq kat hang."
Cara pertama ialah dengan menggunakan minyak masak.
"Minyak masak? Tak cayalah .."
"Tunggu dulu. bagi Kak Yah citer dulu. Kalau nak tau, jangan menyampuk lagi, okay?"
"Okay, boss!"
Bahan-bahannya:
"Eh, macam resepi masakan pulak."
"Sekali lagi adik menyampuk, Kak Yah tak mau citer langsung!"
Contoh Cecair Pencuci |
Contoh Minyak Masak |
"Sori ..."
1 cawan minyak masak
1 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk (tanpa bahan anti kuman)
1 botol 1.5 liter air
Caranya:
Campurkan kesemua bahan itu dan kacau sampai sebati. Lepas tu, isikan ke dalam botol spray. Semburkan ke permukaan atas dan bawah daun untuk mendapakan kesan yang maksimum.
Campuran ini sesuai untuk menghapuskan telur dan anak-anak serangga perosak yang baru menetas.
Awas! Pastikan cecair pencuci yang digunakan itu tidak mengandungi bahan pembunuh bakteria kerana bahan ini boleh menyebabkan tanaman kita layu dan mati.
Contoh Botol Spray |
Cara kedua ialah dengan menggunakan cecair pencuci yang serupa tapi tak perlu dicampur dengan minyak masak. Campurkan saja 3 ke 4 sudu cecair itu dengan 4 liter air. Kacau rata-rata; lepas tu isikan sedikit ke dalam botol spray dan semburlah kepada tanaman. Pastikan sebelah atas dan bawah daun disembur juga.
Campuran ini akan mencegah serangga daripada memakan tanaman kita. Semburlah 2 atau 3 kali seminggu selama 2 minggu berturut-turut. Insyaallah berkesan.
Ada banyak lagi ramuan-ramuan yang boleh diolah menjadi racun perosak tanaman ini tapi cukuplah sekadar dua cara ni dulu buat masa ni. Lain kali, Kak Yah akan citer cara-cara yang lain pulak.
"Laaa .. itu jer. Ingatkan banyak sangat nak citer."
"Cukuplah dulu banyak tu. Cuba buat yang ni dulu. Bagitau Kak Yah hasilnya. Pastu, barulah Kak Yah bagitau cara-cara yang lain pulak, okay?"
"Okaylah, Kak Yah. Kalau camtu, biar saya cuba dulu. Thanks Kak Yah."
"You're welcome!"
Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan pengalaman korang di blog ini nanti.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar