Tentang Baja (Bahagian 2)

Lambat sikit nak sambung citer tentang baja ni sebab sibuk sangat dengan macam-macam urusan peribadi dan kekeluargaan. Tapi yelah ... saper yang tak sibuk, yerk? Dengan kenduri kawinnya, majlis cukur jambulnya, bawak ahli keluarga pergi berubatlah dan macam-macam lagi. Itu tak termasuk aktiviti tanam bunga: cantikkan taman mini Kak Yah tu dan juga kerja-kerja menyemai benih-benih pokok bunga yang dah habis (habis dibeli dan habis mati! hehe ..)

Contoh Bunga Yang Cukup Baja. Cantik, Kan?

Apapun balik semula ke baja. Macam yang dijanjikan, kali ni Kak Yah nak turunkan ilmu membuat baja bunga yang tak banyak mana pun ni dan yang dah lama KakYah simpan ni kepada korang yang berminat.

Baja yang nak dibuat ni ialah dari jenis organik. Maknanya, bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan organik seperti daun kering, najis ternakan, sisa makanan dan lain-lain bahan yang "sewaktu" dengannya.

Sebenarnya ada banyak jenis baja organik yang boleh kita buat sendiri.. Tapi kat sini Kak Yah nak tunjukkan cara buat 2 jenis baja cecair yang simple dan murah kos pembuatannya.

Tulang Ikan

Pertama, baja ikan. Caranya, sediakan lebih kurang sekilo sisa-sisa ikan yang kita makan. Tulang-tulang dan kepala-kepala ikan tu sumernya boleh pakai. Bubuh dalam sebuah bekas macam balang atau besen. Apa-apa pun bolehlah asal jangan yang bocor. Pastu, campurkan sekilo gula merah. Kacau rata-rata. Tutup mulut balang/besen tu dengan kertas putih dan ikat betul-betul. Biarkan selama dua minggu (14 harilah tu!).
Masa ni campuran tu dah berbau busuk dan mengeluarkan cecair. Bukak kertas penutupnya dan tapislah campuran tersebut untuk mendapatkan cecairnya saja. Yang cair inilah yang akan kita gunakan sebagai baja. Tapisebelum digunakan, campur dulu cecair tu dengan dengan air. Kadarnya ialah 1 sudu besar baja dengan 5 liter air. Isikan ke dalam botol spray dan semburkan ke tanaman kita. InsyaAllah subur.

Kulit Kerang

Kedua, baja kulit kerang, kulit siput dan kulit telur (Kulit orang tak boleh, hehe ..). Caranya, kumpulkan lebih kurang 100 gram kulit-kulit tu dan bakar kat atas benda-benda yang tak boleh terbakar, macam kepingan zink ke dan seumpamanya. Bila dah hancur sumernya, masukkan ke dalam balang dan campurkan dengan 1 liter cuka. Tutup dengan penutup balang kuat-kuat. Biarkan selam sebulan. Bila dah jadi, tapiskan dan isikan dalam botol. Bila nak guna, ambil sesudu beasr baja tu dan campurkan dengan 10 liter air. Siram pada tanaman.


Kulit Telur

Korang cubalah buat baja ni sendiri, pastu bagi tau Kak Yah hasilnya supaya dapat kita kongsikan di sini untuk faedah sumer geng tanam bunga!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar