Mat Pakis Nak Balik Pakistan

Assalamualaikum apa khabar semua? Insyaallah semua sihatlah hendaknya. Amin.

Rasanya dah lama benar Kak Yah tak bercoletah kat blog ni. (Baru 3 hari je...hehehe) Sebenarnya memang dah ada citer-citer yang nak dikongsikan dengan korang. Masalahnya...biasalah kan, kalau mood tak ada, idea  ada pun tak jadi jugak, kan? Itulah sebabnya Kak Yah rasa dah lama benar tak menulis. Rasanyalah. Hehehe... terasa-rasa pulak... hahaha...( cuba baca dalam loghat Perak, sedap sikit bunyinya, kan?)

Bunga Begonia
Korang nak tau, semalam Kak Yah pergilah ke nursery mat pakis kawan Kak Yah tu. Sampai saja kat situ, macam biasalah. Waduh... banyaknya bunga yang baru sampai hari ni. Langkah kanan nampaknya ni! Wow! cantik-cantiknya bunga ni.

Warna Kegemaranku
Pink Rose
Inilah Bunga Tiga Bulan
Bunga Kekwa
Ati-Ati Ya
Usik Boleh, Petik Jangan
Ini bunga semua baru sampai dari Cameron Highlands petang semalam, kata mat pakis tu. Tapi harga ada mahal sikitlah...

Tapak Dara Cemeron Highlands
Kalau harganya mahal, kakak mahu ambil gambarnya saja boleh ke?

Pokok Keladi
Gambar ka, mahu dekat shoot ka, jauh ka, semua boleh... Sini ada banyak lagi, sana ada, besar-besar pokok pun ada.

Cantik Daunnya, Kan?
Pokok Keladi Berdaun Merah
Kak Yah pun menggilalah ambil gambar bunga-bunga tu. Nursery ni pulak betul-betul tepi jalan besar. Apa lagi...hon kereta tak berhenti-hentilah. Sekejap pinn, sekejap ponn, tak senanglah dibuatnya, kacau je.


Nursery Di Tepi Jalan Besar Tulah
Oi cik kak! Nak beli bunga ke atau nak shooting drama, hehehe... (Bebudak dalam sebuah lori siap sound lagi tu).

Lantak kamulah, aku tak kisah pun!

Kak Yah buat biasa je, kita kan dah ada permit? hahaha...

Hai kakak, itu orang banyak suka sama kakak, diorang ketawa-ketawa lagi.

Biarkan  jelah Sayeed, sementara jalan  jem ni... Kejap lagi jalanlah diorang tu. Bila lampu tu hijau karang JALANLAH PAK LONG...hehehe...

Masa mengambil gambar-gambar tu, tiba-tiba kak yah nampaklah satu pokok ni.

Oops...(Ada gangguan sebentar. Terpaksa berhenti menulis.)

Assalamualaikum...

Eh ada orang bagi salamlah.

Waalaikumsalam.

Oh, jiran Kak Yah rupanya. Membawa semangkuk gulai. Alhamdulillah...rezeki nampaknya. Dia bagi gulai ikan jenahak masak lemak cili api dicampur dengan bunga kantan, sodapnyo...wangi pulak tu, podeh ko podeh...

Oh Sodapnyo!
Okaylah kita sambunglah cito kito yo.

Pokok bunga yang satu tu  taklah Kak Yah tau namanya.

Sayeed, ni pokok apa?

Tunggu sekejap. ( Dia memetik daun pokok tu lalu menyuruh Kak Yah cium daun tu. Kak Yah pun ciumlah... ) Hmmmmm sedapnya bau . Inilah pokok Basil  atau Selasih, orang Melayu suka ini daun.

Pokok Selasih
Boleh makan saja.( Maksudnya boleh dibuat ulam, makan begitu saja).

Kalau macam tu akak nak belilah pokok ni, berapa harganya?

Daunnya Di Buat Ulam
 Kakak punya pasal...errr....

Apa Sayeed? FREE?

Saya belum cakap itu harga lagi.  Bukan free, hahaha...

Joking saja...hahaha...

Okaylah , saya kira 2 ringgit saja.

Oh, ingat tadi nak kasi free!

Nanti kakak tanam ini pokok macam biasa. Kalau sudah tinggi, mesti kasi potong. Tapi jangan takut potong ini pokok. ( Dia pun tunjukkan cara nak potong pokok tu sampai mana) .

Tiba-tiba Kak Yah terperasan sesuatu. Eh, apa yang tak kena sejak dari tadi  ni? Oh..! Baru Kak Yah perasan... dari tadi Sayeed ni tak henti-henti bercakap. Tunjuk cara tanam pokok nilah, cara bajalah, macamana nak campur tanahlah, pendek kata tak macam biasa budak ni hari ni.

Masyaallah.... Kak Yah yang terlupa! Mat Pakis ni nak balik kampung dia kat Pakistan sana pada 15 April ni. Patutlah dia beri macam-macam petua dan cara-cara untuk menjaga pokok-pokok bunga yang Kak Yah dah beli dengan dia tu. Tapi dia balik  taklah lama, 3 bulan je. Tentulah dia rindu sangat kat anak-anak dan isteri serta emak ayahnya, kan?  Maklumlah, dah 4 tahun tak balik Pakistan. Bayangkanlah...

Pozing Sakan Nampak
Okaylah Sayeed, Sebelum balik tu Kak Yah nak bagi ini untuk awak. Ingat lagi tak? (Gambar dia berdua dengan sepupunya tu dah siap dicetak). Kak Yah pun bagilah kat dia. Dia punyalah seronok sampai  tak sedar air paip kat tempat tu tak ditutupnya. Bukan paip saja malahan mulut dia pun tak boleh nak tutup. Dah... Asyik tersenyum je..heheheh...

Sayeed Dan Ismail ( sepupunya)
Okaylah...Selamat jalan Sayeed. Nanti balik Malaysia lagi....Send my regards to your family. Okay, bye...( Sedih jugak rasanya).

Bila dah duduk dalam kereta,  Kak Yah pun boraklah dengan cik abang.

Biasalah tu Yah... Janganlah sedih. (Cik abang memujuk). Dia balik tak lama pun; tiga bulan je. Nanti bolehlah jumpa dia lagi. Lagipun, abangkan ada! (Tapi abang tu asyik ngan kerja dia je!). Merajuklah sekejap...

Sampai kat rumah terus Kak Yah ke dapur; teringatkan bancuhan kuih apam yang Kak Yah sediakan pagi tadi masih belum dikukus. Kak yah pun kukuslah apam tu sampai masak.

Sudah masak Yeh!
Bang dah jadi bang! ( Kak Yah jerit kat abang).

Jadi apa! Apa yang jadi? (Cik abang kelam kabut sikit).


Apam Yah ni... Horey, Horey... sudah menjadi... kuih apam... sudah menjadi... Alhamdulillah... Kak Yah pun taburkan kelapa parut kat atasnya. Yeh, yeh, dah jadi... Tak payah nak beli; dah pandai buat sendiri... Sedapnya pasti menjilat jari...!

Oh Kuih Apam Ku
Bunga selasih dan bunga kantan,
Sedih Mat Pakis nak balik Pakistan, huhuhu...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar