Frust giler tak dapat akses internet beberapa hari kebelakangan ini. Asyik-asyik takde
line.
Got connected but could not access the net! (Punya bengang sampai tercakap orang putih lak, hehehe...). Nasib baiklah hari ni dah dapat. Tulah yang Kak Yah nak citer kat korang perkembangan terbaru Kak Yah yang tak berapa nak popular sangat ni.
Sekarang ni Kak Yah tengah mengubahsuai tapak rumah lama yang dah dirobohkan tak berapa lama dulu. Rumahnya memang dah roboh tapi lantai simennya masih ada kat atas tanah tu. Kak Yah terfikir kenapa tidak Kak Yah pecahkan lantai simen tu dan tanam bunga kat situ. Kak Yah pun berbincanglah dengan
darling Kak Yah. (
Darling tu maknanya cowok kesayangan). Siapa lagi, cik abanglah! Kata cik abang idea tu memang bagus tapi lagi bagus kalau Kak Yah cuba tanam sayur pulak, dapat jugak "kita jimatkan belanja kita". Betul jugak tu, kan? Maka Kak Yah pun mulakanlah projek yang
plan je besar tapi kawasannya tak sebesar mana pun, hehehe...
Korang tengoklah sendiri keadaan tempat yang Kak Yah citerkan tu dalam gambar-gambar kat bawah ni...
|
Inilah Rupanya Sebahagian Daripada Bekas Tapak Rumah Tu |
|
Sebelah Tepi Lantai Tu Memang Dah Ditanam Pokok Bunga |
Yang ni pulak ialah gambar lantai tu pada peringkat permulaan kerja-kerja memecahkan lantai tu.
|
Ni Baru Kak Yah Sorang Yang Pecahkan ... |
Jadi kontraktor semulalah Kak Yah nampaknya. Tapi kali ni
supervisor Kak Yah yang dah habis cuti bersalin tu tak nak kerja kat tempat baru ni. Tak taulah kenapa. Tiap kali Kak Yah ajak dia, sampai separuh jalan je dia patah balik. Pelik gak Kak Yah dibuatnya. Seram pulak awak. Kak Yah pun mulalah menengok keliling tempat tu; ke atas, ke bawah, ke tepi. semuanya Kak Yah perhati. Takut-takut ada benda pelik yang menyebabkan
supervisor Kak Yah tu tak mahu ke tempat ni. Puas Kak Yah tengok, takde apa-apa pun. Maka Kak Yah pun teruskanlah kerja Kak Yah. Cik abang ada janji nak tolong, tapi sampai sekarang tak nampak-nampak batang hidung dia (bukan hidung je, yang lain-lain tu pun tak nampak gak, hehehe...). Mungkin cik abang belum selesai buat kerja dia tu. Apapun tak mengapa, sebab cik abang tu tak pernah mungkir janji ngan Kak Yah (setakat ni, belumlah lagi...hehehe...).
Berbalik pada citer Si Hitam
supervisor Kak Yah tu... Siasat punya siasat, taulah Kak Yah kenapa Si Hitam tu berkelakuan camtu. Nak tau? Cuba korang tengok gambar-gambar kat bawah ni pulak...
|
Amboi, Bahagianya! |
|
Apahal Lak Ni? |
|
Ha, Inilah Kerja Si Hitam Tu: Berdarling Dengan Si Putih Rupanya! |
Jadi, terpaksalah Kak Yah bekerja tanpa pengawasan Si Hitam. Hari pertama Kak Yah pecahkan simen tu, punyalah letih, tak tau nak cakap (sebab tulah KakYah tak cakap tapi tulis je...hehehe, melawak je!). Kalau menjadi projek tanam sayur ni, mungkin Kak Yah akan buat satu lagi blog, khas untuk bertanam sayur pulak. Tajuk blog tu mungkin "Jom Tanam Sayur". Amacam kengkawan, setuju tak? Apa? Blog yang sekarang ni macam mana? Eh, blog ni akan diteruskan macam biasa. Yang ni khas untuk citer tanam bunga; yang baru tu nanti untuk citer tanam sayur je! Jelas? Jadi teruskanlah saja menyokong dan membaca blog Kak Yah ni, okay?
Akhir sekali, masa Kak Yah tengah dok letih ketuk-ketuk simen tu, terlintas lak pantun dua kerat ni ...
Si Putih ber
darling dengan Si Hitam,
Punyalah letih macam nak pitam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar