Hai pagi-pagi lagi dah ada yang memberi salam ni.
Waalaikumsalam. Amboi... nak pergi mana awak bertiga ni ha? Dah pakai canti-cantik ni wangi pulak tu, mesti nak pergi jalan-jalan ni.
Kat sini pun wangi, Mama.
Memang pun.
Kami sebenarnya nak kacau Mama hari ni, sebab selalu kami lalu depan rumah Mama ni, kami nampak macam-macam kerja yang Mama buat. Angkat pasulah, mesin rumputlah, siram bungalah, halau ayamlah, main dengan kucinglah...isy...isy. Jadi, sekarang kan dah mula cuti sekolah. Mama tak tau ke? Oh, Mama buat-buat tak tau ye! Sebenarnya kami bertiga ni dah berpakat nak kacau Mama hehehe..
Si Manis Tiga Ragam |
Oh...macam tu ye!
Eh eh... cantiknya taman bunga yang Mama buat ni, macam kat Putrajayalah. Boleh kami masuk ke, Mama?
Inilah Taman Mini Kak Yah |
Ha, nanti dulu.
Kenapa Mama, kami tak boleh masuk ke, kena bayar dulu ke?
Boleh, masuk percuma, keluar kena bayar, hahaha...
Alah Mama ni, buat lawak kat kitorang pulak.
Hehehe...Tapi tolong hati-hati semasa berjalan dalam kawasan ini, takut nanti terpijak bunga-bunga ni, ok?
Kalau kami nak bergambar kat sini boleh tak?
Hai Cinta, Pozing Sakan Nampak! |
No problem, Mama.
Yang sebenarnya mereka bertiga ni adalah budak-budak sekampung. Semua bebudak kat kampung ni memanggil Kak Yah "Mama". Mereka bertiga ni memang tak sabar-sabar tunggu saat cuti sekolah ni. Biasanya, Kak Yah bawak diorang berkelah kat sungai. Tapi kali ni, oii...bestnya diorang ni. Boleh lepak dengan Mama. Kat taman bunga pulak tu! Yahoo!... Nakal tu perkara biasalah bagi kanak-kanak. Macam diorang ni jugak.
Mama kalau kami datang tiap-tiap hari kat sini boleh tak?
Hai budak- budak ni, tak siaplah kerja Kak Yah hari ni nampaknya.
He, yang korang ni tak habis-habis nak kacau Mama ni, kenapa?
Kami bukan kacau, kami rindu nak kawan dengan Mama.
Masalah, masalah...
Kami nak belajar jugak macam mana nak tanam bunga dengan Mama, boleh kan?
Oh, tidakkk! Papa, tolong Mama!
Hai peninglah kepala Kak Yah melayan kerenah bebudak ni, hahaha...
Mama dah pening!
Mama pening takpe, kami ada bawak Panadol, hehehe...
Memang nakallah bebudak ni.
Dalam pada tu Kak Yah terfikir sesuatu supaya bebudak ni balik cepat. Kak Yah pun panggillah diorang...
Cinta, Comel, Adawiyah, mari sini!
Ya, Mama. Ada apa?
Mari cepat kat sini, tengok ni, eh takutnya...!
Mereka pun cepat-cepat datang.
Ada apa...ada apa ha...?
Nah!, ambil satu sorang, jangan berebut ye.
Wow ada aiskrim rupanya! Nak...nak... Mama!
Sabar...sabar!
Kami ingat apalah tadi. Mama ni buat kami takut jelah.
Saja je Mama buat macam tu.
Sedapnya aiskrim coklat ni, Mama buat ke?
Ha, tau tak pe...hahaha... Hai semuanya seronok dan semuanya sedap kalau kat rumah Mama ni kan! Ha ah, banyaklah kau punya syok! Yang kerja Mama tergendala ni, siapa nak tolong siapkan ha?
Mereka bertiga ketawa sekuat hati.
Okaylah, Mama. Kami nak balik dulu ye! Kami nak pergi kedai pulak. Esok kami datang lagi ye!.
Oh, esok tolong jangan datanglah...
Kenapa pulak?
Nanti kerja Mama tak siap!
Oh, ye ke? Kesian Mama...
Tau tak pe. Eh, Cinta! Lupalah Mama.
Apa dia, Mama?
Kalau tak silap Mama, emak awak ada cakap dia nak beli anak pokok bunga, kan?
Dalam plastik hitam ni, Mama tanam anak pokok ke?
Ye! kenapa lak?
Mama jual tak?
Awak nak beli ke?
Kalau Mama jual, saya nak belilah.
Pilihlah yang mana suka. Ha, kalau macam tu esok Cinta ajak emak datang beli bunga kat sini ye!
Okaylah Mama, kami balik dulu...bye....terima kasih banyak-banyak mama...we love you....bye...bye..
Bunga Setawar Putih |
Cantik Kalau Ditanam Rapat-Rapat |
Fuh, lega rasanya. Pasni barulah boleh sambung kerja semula. Sebenarnya, hari ini Kak Yah nak tanam pokok Setawar Putih. Kak Yah suka dengan bunganya tu. Pokok bunga ni kalau nak tanam, kita cuma perlu kerat je batangnya dan cucukkan ke tanah. Pokok ni senang nak hidup. Cuaca panas ke redup ke, semua boleh. Kak Yah tanam pokok ni rapat-rapat, nanti bila dia dah berbunga, nampak sangat cantiklah. Daunnya juga tersusun elok, berselang-seli pada batangnya yang berbentuk pilin (spiral). Kalau bunganya dah layu nanti, batangnya akan kering dan terdapat biji yang berwarna hitam. Memang senang nak jaga pun. Pastu kalau dah tinggi, kita potong dan boleh biakkannya lagi.
Batangnya Yang Berbentuk Pilin (Spiral) |
Kalau dah penat tu masuk jelah ke dalam, minum ke, makan ke! Patut-patutlah buat kerje tu, Yah hoi! Kalau dah sakit nanti siapa yang susah? Abang...jugak kan! (cik abang dah berbunyi). Lagi lama Yah kat luar tu nanti, lagi ramai budak-budak datang!
Okay, okaylah... Yah stop sekarang.....
Aduh,lemahnyalah badan.....penat...oh...penat....
Buat baik berpada-pada, esok lusa kan ada! Hahaha...
Hai, sempat berpantun pulak tu! Hehehe...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar