Pokok Pagar Dan Tepus

Hijaunya bunga pagar ni. Tengok dari jauh pun hati dah tertawan. Tersusun cantik berbaris-baris. Pasti tuan punya bunga ni bangga sekali.

Pokok Pagar

Pagi-pagi lagi Kak Yah dah sibuk. Macam biasalah; kalau tak beli bunga, mesti cari bunga...dan ...pagi ni nak mintak bungalah.

Kak Yah pun keluar ngan kereta dan singgah kat sebuah gerai nasi lemak kat kampung sebelah. Memandangkan hari ni Kak Yah tak buat sarapan, maka Kak Yah  beli jelah.

Assalamualaikum, makcik. Nasi lemak ada lagi tak?

Waalaikum salam nak, ada banyak lagi.

Eh, macam-macam kuih pun adalah! Eh,eh, kuih apam pun ada, bestnya...

Kak Yah pun belilah serba sedikit.

Makcik, makcik, bunga tu cantiklah...

Bunga yang mana tu?

Yang sana tu... yang berbaris lurus tu.


Yang Berbaris Tu!

Oh, yang itu! Anak ada tanam bunga tu kat rumah ke?

Nampaknya ada peluanglah nak mintak bunga ni!

Oh, tak ada lah makcik.

Kalau anak nak tanam, ambil jelah.

Oh, ye ke makcik? Memang nak pun.

Makcik tu pun ambilkan pisau dan Kak Yah potonglah bunga-bunga tu sikit.

Ambillah, ambil lagi, banyak pun tak apa. Sebab makcik nak buang separuh ni. Dah panjang sangat, jadi nak potonglah supaya nampak lebih kemas.

Okay, okay.
 
Yang Dah Dipangkas

Kak Yah pun ambillah secukupnya.

Tau tak nak tanam macam mana? Macam makcik tu tau lak yang Kak Yah belum pernah tanam bunga yang macam tu.

Memang tak tau pun, makcik.

Senang je nak tanam bunga pagar ni. Inikan dah dipotong-potong batangnya, kan? Balik rumah nanti, cucukkan je ke tanah. Kalau kat tanah yanglembut sikit, lagi cepat bunga ni hidup.

Oh, ye ke! Nasib baik makcik dah tunjukkan cara-cara menanam bunga pagar ni. Kalau tak, tentu sia-sia je bila tanam tak jadi.

Okaylah, saya nak balik dulu, ye makcik. Terima kasih banyak-banyak.

Eh,eh, nanti dulu nak.

Pokok Tepus
  
Ada apa lagi makcik?

Nah ambillah bunga ni. Makcik  tak tahu nama pokok bunga ni, tapi akar pokok ni kalau dicuci bersih-bersih, pastu gosokkan ke atas kulit yg berpanau atau berkurap memang  mujarab.

Oh, begitu... boleh jugaklah. Nanti saya tanam dalam pasu; tentu cantik, kan?


Yang Ni Berbelang Pulak
Cantiknya!

Pokok bunga ni pun tak kisahkan cuaca sangat; panas ke, hujan ke, dia hidup segar je.
 

Terima kasih, ye makcik. Baik sungguh hati makcik ni. Dahlah rajin berniaga, rajin jugak menanam bunga, dah tu bersedekah pulak. Semoga makcik dimurahkan rezeki, sentiasa sehat dan ceria selalu...

Amin...

Kak Yah pun balik bersama sarapan yang dibeli dan bunga yang Kak Yah dapat tu.

Seronoknya Kak Yah dapat berkenalan dengan makcik tu tadi. Teringatkan arwah emak Kak Yah yang dah 11 tahun meninggal dunia. Semasa arwah emak hidup, dia sentiasa rajin macam makcik tu. Tak pernah mengeluh, dan ada saja kerja yang dibuatnya.


Nyamannya Suasana Rimba

Rajin berusaha pasti berjaya, hidup sihat selalu ceria...Insyaallah...Amin!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar