Macam-Macam Ada

Pinnn! Pinnn! Bunyi hon kereta. Siapalah agaknya ye. Tengok keretanya tak kenal pun. Kereta Honda CRV tu berhenti betul-betul kat depan rumah Kak Yah. Tak lama kemudian, keluarlah sorang pompuan bercermin mata dan berbaju kurung.

Salah Sebuah Chalet Yang Disediakan

Assalamualaikum, ini rumah Kak Yah blogger Jom Tanam Bunga tu ke?

Belum sempat Kak Yah menjawab, tiba-tiba ada sorang budak pompuan pulak keluar dari kereta tu.

Betullah, mak!

Budak tu memberitahu emaknya. 


Kalau Tak Mandi Rugi

Apa khabar,  makcik?

Oh, khabar baik.

Ye, memang dah sah! Inilah makcik yang dalam blog tu. Tak silap. kan?

Kak Yah mengangguk malu... ( Alahai tak sangka ada peminat!) Perasan habis…

Dah betul tu, inilah Kak Yah yang dimaksudkan tadi. Ye, ada apa-apa yang Kak Yah boleh bantu?


Oh Indahnya
Saya ni Ros dan anak saya ni Farah. Kami datang dari Taman Melawati.Tadi kami dah pergi tengok chalet kat Sungai Congkak yang Kak Yah ceritakan tu. Balik dari situlah kami cuba cari rumah Kak Yah ni pulak. Cadangnya kami nak buat hari keluarga kami kat kawasan chalet tu. Sebab kami baca dalam blog Kak Yah tu macam-macam ada. Betul ke?

Siapa Nak  Melintas Dulu? Berani Ke?
Mestilah betul. Oh begitu ceritanya. Takde  masalah, boleh je. Bila nak bercutinya tu? Nampaknya Ros kena book dulu lah ye. Kalau tak,  nanti full house. Kat tempat ni, usahkan nak tunggu hujung minggu, awal minggu pun belum tentu dapat bermalam kat sini. Ramai sangat yang buat program: yang askar berlatihnyalah, yang budak-budak IPTA/IPTSnyalah. Hai...pendek kata macam-macamlah. Tambahan pulak rumah Kak Yah ni tepi jalan. Kalau nak sunyi sepi tu, jangan haraplah. Tapi, kalau Ros dah datang jumpa Kak Yah ni lagi senang. Nanti Kak Yah book untuk Ros dan family ye!

 Terima kasih Kak Yah.

Sama-sama. 

Taman Mini Kak Yah

Amboi, amboi, amboi... cantiknya taman mini Kak Yah ni! Macam-macam bunga adalah. Kalau macam ni bolehlah saya beli bunga ni, jual ke Kak Yah?

Memang Kak Yah jual; siap pasu sekali. 


Pokok Keladi
Kalau macam tu senanglah saya. Lepas beli terus hias je kat depan rumah. Cantik dan mudah.

Ros nak beli bunga yang mana satu? Pilihlah!

Dah Siap Pasu  Sekali
 Saya nak bunga hutan ni dua; pokok keladi ni dua. Lagi satu, saya nak bunga tahi ayam ni satu; yang warna kuning oren tu.


Inilah Bunga Tahi Ayam  Yang Kuning Oren Tu
Tapi pokok keladi ni hanya tinggal satu jelah, yang lagi satu orang dah beli minggu lepas.

Oh, ye ke. Nanti kalau ada contact saya. Kak Yah simpankan satu untuk saya, ye?

Dia pun bagilah nombor handphonenya.

Okay Kak Yah, terima kasih dan jangan lupa book chalet untuk kami nanti ye! Tempat untuk BBQ tu dah ada, kan?

Semua dah ada, tak perlu lagi nak bawak apa-apa, bawak duit jelah, hahaha...

Mereka memasukkan bunga-bunga tu dalam kereta; nasib baiklah muat. Hai kereta besar, dah tentu muat punya.

Selepas mereka pergi …

Berbaloi-baloi gak tanam bunga ni. Tak sia-sia Kak Yah bersusah payah selama ni. Bak kata orang sekarang,

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu, bersantai-santai kemudian.

Camtu bolehlah belanja abang ye? ( Cik abang mengusik ).

Pokok Puding Dengan Cornstalk Plant

Pagi-pagi mesti cergas, mesti lari laju-laju. Hidup sihat ceria selalu...

Si Celoreng  Beraksi ( Yang Blur Tu Bukan Hantu, Ye!)
Itulah yang Kak Yah sempat dengar. Tapi tak sempat nak rakamkan suara budak-budak yang berpakaian askar lalu kat depan rumah Kak Yah pagi tu. Mereka sedang buat aktiviti agaknya. Masa tu hujan renyai-renyai. Kak Yah pun cepat-cepat ambil gambar diorang tu. Tapi...alahhh...bler pulak.  Bagus betulah semangat diorang tu. Hujan ke, panas terik ke, dilalui bersama-sama. Ha, macam tulah sepatutnya. Bila Kak Yah tengok diorang tu, Kak Yah pun naik semangat dibuatnya.

Mesti kerja...jangan malas. Walau hujan, walau panas; tak boleh menung-menung,  tak boleh lesu-lesu, mari kerja, mari kerja. ( Hahaha... Kak Yah pulak yang menyanyi). 

Dahlah tu cik Yah hoi! Karang lagi lebat hujan turun… (Hehehe... cik abang ketawa).

Pas tu Kak Yah pun buatlah kerja macam biasa. Kak Yah pun pakai uniform jugak (uniform kebunlah!) dan mulalah berkebun.

Puding Berdaun  Besar
Wah! Sedar tak sedar pokok puding yang Kak Yah tanam lama dulu dah hidup subur. Tengok daun-daunnya tu tersangatlah cantik. Kalau nak tanam pokok puding ni taklah susah sangat. Selalunya kalau Kak Yah tanam, Kak Yah kerat je batangnya dan cucukkan dalam pasu atau terus tanam kat tanah. Kalau kena cahaya matahari yang panas terik pun tak apa; sebab pokok puding ni kalau dapat cahaya matahari, daunnya lagi cantik. Nak tanam berderetan pun cantik, tapi tanamlah rapat-rapat. Boleh dijadikan seperti pagar.

Puding Kerinting
Tentang nama-nama pokok puding ni, Kak Yah tak berapa ariflah. Biasanya Kak Yah panggil mengikut daunnya je. Ada macam-macam jenis pokok puding ni sebenarnya. Ada yang kuning, ada yang merah berbelak-belak, merah darah, berbintik-bintiklah, hijau putihlah dan banyak lagilah. Ada yang berdaun lebar, berdaun halus, bujur dan kerinting pun ada. Macam uniform budak-budak askar yang Kak Yah nampak tadi: bercorak-corak (celoreng, sebenarnya!).

Puding Kuning

Puding Merah
Ha... baru teringat, minggu lepas Kak Yah ada mintak sejenis lagi pokok bunga kat jiran sebelah hilir rumah Kak Yah tu. Masih ada lagi rupanya; masih belum Kak Yah tanam lagi. Nama pokok tu ialah Cornstalk Plant. Tapi nasib baiklah pokok ni boleh hidup mandiri  (hidup tanpa dijaga sangatlah).  Pokok ni boleh hidup lama dan boleh tumbuh tinggi pulak tu. Sebelum ditanam, Kak Yah pastikan dulu kat mana tempat yang sesuai. Pastikan bila dah tinggi nanti tak kena wayar elektrik, takut bahaya pulak.

Cornstalk Plant
Tanam bunga  punya pasal, takut-takut nanti, bunga hidup, awak yang mati...( cik abang suruh berhati-hati).

Batangnya Dah Dikerat
Iyelah! Kak Yah dah agak dah, mesti kena sound punya. Tapi lagi best kan? Kalau mati, bolehlah cik abang kahwin lagi, hehehe...

Hijaunya!

Bunga Kertas

Pagi semalam, Si Nah, kawan Kak Yah datang bertandang ke taman Kak Yah. Kami pun berbuallah…

Inilah Bunga Kertas Yang  Cantik Tu

Kalau nak dikatakan cantik tu, dah sememangnya cantiklah. Tak payahlah nak cakap apa-apa lagi.

Hai Kak Yah ni macam menyindir Nah je ni.

Kak Yah bukannya apa Nah. Sindir bukan, perli pun bukan. Dah memang cantik, kita pujilahkan? Apa salahnya memuji, hahaha...

Betul tu, Kak Yah. Yang sebenarnya apa Kak Yah?

Begini... cuba Nah tengok kat seberang jalan kat rumah Kak Ruby tu.  Ha, cantik, kan? Iyelah, pandai betullah dia jaga bunga, jealous lak Kak Yah tengok.

Oh bunga kertas tu! Nah ingat siapalah yang Kak Yah cakapkan tadi, suspen jelah. Jom kita cuba tanya dia.

Bunga Kertas Ungu

 Assalamualaikum, Kak Ruby!

Ye, nanti kejap, aku tengah mandi ni. Tunggu kejap, ye! (Hai, seksi habislah orang tua ni agaknya, hehehe... )

Ha, Yah dengan si Nah rupanya! Aku ingat tadi siapa orangnya?

Sorrylah Kak Ruby, Yah kacau pagi-pagi ni.

Eh tak apa, aku pun tinggal sorang-sorang kat rumah ni, abang dah pergi ke kebun. Kamu nak apa Yah?

Camnilah Kak Ruby. (Sambil memegang pokok bunga kertas yang berwarna-warni tu).

Kamu nak ke? Kalau nak nanti aku ambilkan pisau, ye. Dah ramai orang mintak bunga ni. Elok  je hidup  aku tengok. Aku risau gak, takut-takut dia mampus, hahaha...       

Kamu nak tanam kat mana Yah? Kawasan rumah kamu tu tak luas… eloklah kamu tanam dalam pasu. Letakkan kat tempat panas, bubuh baja bunga yang berbiji-biji merah tu. Ha, kamu tengoklah nanti. Bunganya akan keluar dengan banyak macam ni. Kalau kamu rajin Yah, cuba kamu tutkan pokok bunga kertas ni. Kamu tutlah; merah, kuning, jingga, putih, ungu,pink dan macam-macam warna lagilah. Itupun kalau kamu taulah.

Apa Kak Ruby? Yah nak tanam bunga ni pun belum tentu hidup, nikan pulak nak tutkan dia! Hahaha... Impossible...

Tapi bunga ni sebenarnya senang nak ditanam dan senang juga nak dijaga. Tak susah mana pun. Susah lagi kalau aku nak jaga cik abang aku tu, banyak songeh.

Oh, ye ke Kak Ruby? Kalau macam tu, bagi je dia kahwin satu lagi, hahaha...

Apa? Langkah bunga kertas aku ni dulu!

Okaylah Kak Ruby. Yah ngan Nah balik dululah, ye. Terima kasihlah dah bagi bunga ni.  Esok-esok, Yah mintak lagi, boleh?

Suka hati kamulah, Yah hoi…

Cantik tu memang cantiklah... tapi baunya tak ada. Cuba kamu cium. Tak berbau, kan? Bukan macam bunga kemboja tu, sentiasa berbau harum.

Tapi cantik jugak, kan? Itulah kelebihanya... cantik dan harum. Macam Kak Ruby, hahaha...

Kamu perli aku, ye?

Bye...!

Bunga Kertas Pink

 Pastu kami berdua pun berjalan balik ke rumah masing-masing.

Eh,  Kak Yah, kalau orang tu cantik sangat, dia tak wangi ke?

Bukannya tak wangi! Tak berbau langsung! (Sengal rupanya budak ni.)

Apa Kak Yah?  Takde apa-apa… dah sampai pun… (Hehehe!)

Bunga kertas cantik warnanya,
Jalan lekas cepat sampainya!

Pokok Pagar Dan Tepus

Hijaunya bunga pagar ni. Tengok dari jauh pun hati dah tertawan. Tersusun cantik berbaris-baris. Pasti tuan punya bunga ni bangga sekali.

Pokok Pagar

Pagi-pagi lagi Kak Yah dah sibuk. Macam biasalah; kalau tak beli bunga, mesti cari bunga...dan ...pagi ni nak mintak bungalah.

Kak Yah pun keluar ngan kereta dan singgah kat sebuah gerai nasi lemak kat kampung sebelah. Memandangkan hari ni Kak Yah tak buat sarapan, maka Kak Yah  beli jelah.

Assalamualaikum, makcik. Nasi lemak ada lagi tak?

Waalaikum salam nak, ada banyak lagi.

Eh, macam-macam kuih pun adalah! Eh,eh, kuih apam pun ada, bestnya...

Kak Yah pun belilah serba sedikit.

Makcik, makcik, bunga tu cantiklah...

Bunga yang mana tu?

Yang sana tu... yang berbaris lurus tu.


Yang Berbaris Tu!

Oh, yang itu! Anak ada tanam bunga tu kat rumah ke?

Nampaknya ada peluanglah nak mintak bunga ni!

Oh, tak ada lah makcik.

Kalau anak nak tanam, ambil jelah.

Oh, ye ke makcik? Memang nak pun.

Makcik tu pun ambilkan pisau dan Kak Yah potonglah bunga-bunga tu sikit.

Ambillah, ambil lagi, banyak pun tak apa. Sebab makcik nak buang separuh ni. Dah panjang sangat, jadi nak potonglah supaya nampak lebih kemas.

Okay, okay.
 
Yang Dah Dipangkas

Kak Yah pun ambillah secukupnya.

Tau tak nak tanam macam mana? Macam makcik tu tau lak yang Kak Yah belum pernah tanam bunga yang macam tu.

Memang tak tau pun, makcik.

Senang je nak tanam bunga pagar ni. Inikan dah dipotong-potong batangnya, kan? Balik rumah nanti, cucukkan je ke tanah. Kalau kat tanah yanglembut sikit, lagi cepat bunga ni hidup.

Oh, ye ke! Nasib baik makcik dah tunjukkan cara-cara menanam bunga pagar ni. Kalau tak, tentu sia-sia je bila tanam tak jadi.

Okaylah, saya nak balik dulu, ye makcik. Terima kasih banyak-banyak.

Eh,eh, nanti dulu nak.

Pokok Tepus
  
Ada apa lagi makcik?

Nah ambillah bunga ni. Makcik  tak tahu nama pokok bunga ni, tapi akar pokok ni kalau dicuci bersih-bersih, pastu gosokkan ke atas kulit yg berpanau atau berkurap memang  mujarab.

Oh, begitu... boleh jugaklah. Nanti saya tanam dalam pasu; tentu cantik, kan?


Yang Ni Berbelang Pulak
Cantiknya!

Pokok bunga ni pun tak kisahkan cuaca sangat; panas ke, hujan ke, dia hidup segar je.
 

Terima kasih, ye makcik. Baik sungguh hati makcik ni. Dahlah rajin berniaga, rajin jugak menanam bunga, dah tu bersedekah pulak. Semoga makcik dimurahkan rezeki, sentiasa sehat dan ceria selalu...

Amin...

Kak Yah pun balik bersama sarapan yang dibeli dan bunga yang Kak Yah dapat tu.

Seronoknya Kak Yah dapat berkenalan dengan makcik tu tadi. Teringatkan arwah emak Kak Yah yang dah 11 tahun meninggal dunia. Semasa arwah emak hidup, dia sentiasa rajin macam makcik tu. Tak pernah mengeluh, dan ada saja kerja yang dibuatnya.


Nyamannya Suasana Rimba

Rajin berusaha pasti berjaya, hidup sihat selalu ceria...Insyaallah...Amin!

Gambar Bunga Kat Nursery

Inilah Nursery Tu!
Hari ni Kak Yah  kurang bertenaga, kurang aktif, kurang minat. Moody... Monday Blues... Waktu begini sudah tentu rasa kurang senang, rasa tak nyaman, tak ceria, semua rasa tak selesa; tak seperti biasa. Untuk mengatasi problem tersebut cuba bawa bertenang dan berfikir dengan waras. Jangan nak cepat melenting. 

Nursery
Okay...apa kata hati? Yes! Jom pergi santai kat nursery tempat yang biasa tulah. Betul jugak. Kalau duduk kat rumah, ada je yang tak kena karang. Silap-silap, ada yang kena...tiongggg! (Amboi, garangnya Kak Yah!). 

Bunga  Anthurium
Pelbagai Jenis Bunga
Yang Tergantung Pun Ada
Kak Yah pun siap-siap terus keluar dengan cik abang. Siapa lagi nak temankan kalau bukan cik abang sayang. Kalau pergi sorang-sorang nanti, takut tak jumpa jalan balik rumah. Sebab, Kak Yah ni biasanya kalau keluar memandu sorang-sorang macam tulah. Banyak sangat tempat persinggahan. Maklumlah, kawan-kawan dan peminat ramai sangat. Jadi, nak menjimatkan masa kenalah pergi dengan husband. 

Bunga Orkid
Selepas sarapan, Kak Yah pun pergilah kat nursery tu. Nasib baiklah mat pakis tu ada.

Hai Sayeed, morning! Dah makan?


Sudah... sudah... Semalam banyak bunga baru mari. Mari sini tengok kakak.


Wow, cantiknya!

Letak Kat Tempat Redup Aje Tau
 Ini lagi cantik, senang mau jaga, redup saja, panas tak mau.


Oh, ye ke? Hari ni kakak tak mau beli apa-apa bunga pun. Tapi... kakak mau ambil foto bunga-bunga ini saja, boleh ke? 

Pasu & Tanah

Tak mau beli bunga tak apa. Foto-foto pun boleh... Sana bunga, sini bunga, pasu ada, kerusi taman ada, semua ada. Ambil gambar, ambil, tak kisah ...( Wow, ini macam sudah bagus!).


Senang kerja Kak Yah hari ni: jadi jurugambar, hahaha... Pasti syok sekali... Baru ada mood nak ketawa lagi, hahaha...

Apa tunggu lagi, jangan buang masa. Fokus betul-betul, pastu klik sana, klik sini, klik tepi, klik belakang, klik, klik sampai puas hati. Ha, sekarang  barulah happy semula. 
Okaylah Sayeed, kakak mau balik.

Gambar siap nanti, kasi saya tengok juga, akak, boleh?


Boleh, insyaallah...Terima kasih, bye.

Rumput Karpet
Oi, memang tak sabar nak tengok gambar-gambar tu. Tapi nama pokok-pokok tu ada yang Kak Yah tau, dan ada jugak yang memang tak tau langsung. Lain kalilah cari tau. Hantam sajalah, hahaha...

Bang, gambar dah ambil. Jom kita balik bang! Lalala....

Pokok Kipas
Atap genting, atap rumbia;
Selalu melenting, cepat tua...

Bunga Raya

Macam mana ni; hari asyik hujan je. Takkan nak pospon kerja kot. Kak Yah buatlah kerja seperti biasa jugak. Bawak tools dan benih pokok bunga raya. Kak Yah nak tanam  pokok ni pulak. Yang bestnya, bunga pokok ni ada banyak warna, kan? Tapi kat tempat Kak Yah ni cuma ada jenis yang biasa-biasa je. Yang Kak Yah ada warna merah (dah tentulah), warna peach dan warna pink. Banyak warna lagi yang belum Kak Yah dapat. Pokok bunga raya ni ada jugak yang besar; tapi Kak Yah nak cuba tanam yang biasa je, sebab kawasan rumah kecik je. Tanam jugaklah pokok ni, walaupun hari dah hujan (renyai-renyai). Tak kisahlah, tak lebat sangat pun, masih boleh teruskan kerja. Tapi badan Kak Yah terasa sejuk pulak ni. Takpe, mesti teruskan jugak. Jangan tunggu besok. Pesan orang-orang tua: kerja yang bertangguh takkan menjadi. Ha, ingat tu! Kak Yah pun teruskan kerja sampai siap.

Wow! Cantiknya.
(Foto Wikipedia)
 Pokok bunga raya ni memang banyak kegunaannya. Keseluruhan pokok ni ada macam-macam khasiatnya. Akar, daun dan bunganya  boleh merawat penyakit-penyakit tertentu. Contohnya, bunganya boleh menyembuhkan penyakit kulit, boleh mengubati demam panas dan boleh juga dibuat jus. Daunnya pulak kalau diramas dengan sedikit air, pastu dilumurkan di atas kepala dan diperap seketika, boleh mengurangkan keguguran rambut dan menghilangkan sakit kepala, malah boleh juga melebatkan rambut jika diamalkan selalu. Jadi sesiapa yang ingin mencuba, jangan tunggu lagi, buatlah hehehe...(kenalah rajin ye ).

Bunga Raya
(Foto Wikipedia)
Nak tanam bunga raya memang senang sekali. Kerat je batangnya, pas tu cucukkan ke tanah atau nak dalam pasu pun boleh, ikut suka. Wow!, kalau dah keluar bunga tu, memang akan asyik nak renung je. Iyelah... benda cantiklah katakan. Ni ada satu rahsia: kalau anak dara selalu mengamalkan memakan bunga raya ni setiap pagi, wajahnya akan sentiasa nampak muda, cantik berseri  dan manis sekali. Bukan sehari dua saja tau, tapi selama umurnya. Tapi kalau dah tua-tua macam Kak Yah ni, kalau mengamalkan petua ni belum tentu nampak serinya, hahaha... Kalau terlebih makan bunga raya ni, takut-takut nanti jadi han...tu..raya...hehehe... mari sini saya cekik awak, hehehe...

Yang Ini Susah Nak Carilah
(Foto Wikipedia)

Cik Qaseh Dengan Bunga

Pemandangan  Di Hadapan Chalet
Kata orang ikutkan hati mati,ikutkan rasa badan binasa... dah jadi pun.Sememangnya Kak Yah ni keras hati.Ni yang Kak Yah nak citer sikit ni.

Hari tu Kak Yah teringin sangat nak makan kuih apam tepung beras. Memang tersangat teringin. Jadi, Kak Yah pun belilah bahan-bahannya dan pastu Kak Yah pun buatlah apam tu. Kak Yah ikutlah cara-cara membuatnya. Selesai Kak Yah bancuh adunannya, Kak Yah simpan semalaman. Esoknya, pagi-pagi lagi Kak Yah dah tak sabar nak kukus apam ni. Kak Yah pun panaskan kukus tu dan kukuslah apam tu selama lebih kurang 20 minit. Pastu Kak Yah buka tudung kukus tu; tengok-tengok dah pun masak...lalu disejukkan terlebih dahulu.

Chalet Papan
Ha, sekarang dah sejuk; bolehlah nak cuba rasa satu dulu. Sukses! Sukses! Kak Yah sangat gembira sekali. Kuih apam tepung beras yang Kak Yah cuba buat pertama kalinya terus menjadi. Apa lagi, Kak Yah pun makanlah sepuas hati. Tak pelawa sesiapa pun. Kak Yah makan sorang-sorang. Emm, sedapnya!

Sejam kemudian, Kak Yah pun bersiap-siaplah seperti biasa nak ke taman bunga tu. Baru je  nak ambil tools, tiba-tiba je Kak Yah rasa pening yang teramat sangat. Pandangan mata jadi  gelap dan rasa macam nak muntah. Pastu, terus terjelepuk ke lantai. Nasib baik tak tumbang terus. Kalau tak , tentu kes teruk jadinya. Nasib baik jugak masa tu cik abang nampak apa yang berlaku. Cepat-cepat cik abang datang membantu.

Chalet Batu
Yah...Yah...kenapa ni? Cik abang bertanya, cemas.

Tiba-tiba Yah pening sangatlah bang. Kak Yah masih boleh menjawab.

Yah makan apa tadi? Soalan yang dah diduga. Sebab, sebelum ni cik abang selalu nasihatkan Kak Yah supaya jaga makan.

Yah makan kuih apam tepung beras yang Yah buat ni...
Kak Yah mengadu, kesakitan.

Oh, makan sorang-sorang tak ajak abang ye, itu sebab Yah jadi macam ni.


Jangan berguraulah bang, Yah serius ni. Betul-betul pening, bukan main-main. Kak yah rasa macam nak menangis masa tu.

Sorry...Sorry! Kata cik abang sambil berlari ke dapur dan sebentar kemudian datang semula kat Kak Yah.

Nah, makan ubat ni supaya tak pening lagi.

Lepas telan ubat pening tu, Kak Yah pun masuk ke bilik dan terus berehat.

Yah, hari ni jangan buat kerja tau. Abang nak Yah sembuh, ok? Rehat dulu, ye. Kalau dah okay nanti bolehlah sambung kerja tu. Sabar ye! Kak Yah pun berehatlah.

  
Syoknya Mandi-Manda

Ha, tengok apa dah jadi! Kak Yah sangat menyesal dengan apa yang terjadi ke atas diri Kak Yah yang sangat mengikut hati. Tapi takpelah. Lain kali tak buat lagi macam tu.

Selepas kira-kira 2 jam Kak Yah berehat, tiba-tiba Kak Yah terdengar suara budak kecil memanggil, nenek...nenek... Qaseh dah sampai! Kak Yah pun terus bangun perlahan-lahan. Alhamdulillah...pening dah hilang.

Dalam Ke Air Tu?
Nenek...nenek... Qaseh dah sampai ni! Rupa-rupanya cucu Kak Yah datang bersama uminya.

Ye! Ye! Masuklah! Kak Yah mempelawa.

Sakit kepala dah hilang dan badan pun dah kuat sikit. Bila tengok cucu di depan mata, segala penyakit pun sembuh.

Petang tu, Umi Qaseh bawak Kak Yah jalan-jalan (naik kereta) ke Hutan Lipur Sungai Congkak dan Sungai Lepoh. Nak booking chalet kat saudara Kak Yah yang buat bisnes sewa chalet kat situ. Survey dulu. Cadangnya nak bermalam kat chalet tu nanti. Buat BBQ ke, bakar ikan ke, apa-apa jelah. Mandi-manda, memancing dan macam-macam lagilah, memang best...!

Airnya Sejuk Sekali

Pastu, sementara Umi Qaseh bincang-bincang pasal harga chalet tu, Kak Yah dan cik Qaseh ni sempatlah berpozing-pozing kat kawasan tu. Hahaha... amboi... cik Qaseh ni, tak sabar-sabar nak pozing. Tengok tu... seksinya ... nampak ketiak pulak tu! hehehe...

Kat kawasan tu ada banyak pokok bunga. Kak Yah pun apa lagilah. Pantang nampak bunga. Kak Yah pun ambillah gambar bunga-bunga tu.

Cik Qaseh  Pozing  Sakan
Cik Qaseh Buat Apa Tu?


Syoknya... Kak Yah gembira melihat suasana kat situ.

Yelah nenek. Qaseh pun syok.

Hahaha... nenek dan cucu dah gilakan bunga...
Umi Qaseh ketawakan kami. kih kih kih...

Jom kita balik...nanti minggu depan kita datang lagi, ye!

Alahhh... Qaseh nak mandi dulu ye, umi?


Hari ni kita tak boleh mandi, sebab nenek tak berapa sehat. Kesian nenek, kan? Umi memujuk.


Nanti nenek sejuk ye, umi?

Ye... pandainya Cik Qaseh ni, hehehe...

Tau tak pe...jom balik umi...bye!


Sungguh Nyaman Kat Tepi Sungai Ni

Si Manis Dengan Setawar

Assalamualaikum, Mama.

Hai pagi-pagi lagi dah ada yang memberi salam ni.

Waalaikumsalam. Amboi... nak pergi mana awak bertiga ni ha? Dah pakai canti-cantik ni wangi pulak tu, mesti nak pergi jalan-jalan ni.

Kat sini pun wangi, Mama.

Memang pun.

Kami sebenarnya nak kacau Mama hari ni, sebab selalu  kami lalu depan rumah Mama ni, kami nampak macam-macam kerja yang Mama buat. Angkat pasulah, mesin rumputlah, siram bungalah, halau ayamlah, main dengan kucinglah...isy...isy. Jadi, sekarang kan dah mula cuti sekolah. Mama tak tau ke? Oh, Mama buat-buat tak tau ye! Sebenarnya kami bertiga ni dah berpakat nak kacau Mama hehehe..

Si Manis Tiga Ragam

Oh...macam tu ye!

Eh eh... cantiknya taman bunga yang Mama buat ni, macam  kat Putrajayalah. Boleh kami masuk ke, Mama?

Inilah Taman Mini Kak Yah

Ha, nanti dulu.

Kenapa Mama, kami tak boleh masuk ke, kena bayar dulu ke?

Boleh, masuk percuma, keluar kena bayar, hahaha...

Alah Mama ni, buat lawak kat kitorang pulak.

Hehehe...Tapi tolong hati-hati semasa berjalan dalam kawasan ini, takut nanti terpijak bunga-bunga ni, ok?


Kalau kami nak bergambar kat sini boleh tak? 

Hai Cinta, Pozing  Sakan Nampak!
Kalau nak bergambar tu boleh, tapi tolong jangan petik bunga tu ye. Pozinglah puas-puas. Kali ni saja free, lain kali kena bayaranlah nampaknya, hahaha...


No problem, Mama.

Yang sebenarnya mereka bertiga ni adalah budak-budak sekampung. Semua bebudak kat kampung ni memanggil Kak Yah "Mama". Mereka bertiga ni memang tak sabar-sabar tunggu saat cuti sekolah ni. Biasanya, Kak Yah bawak diorang berkelah kat sungai. Tapi kali ni, oii...bestnya diorang ni. Boleh lepak dengan Mama. Kat taman bunga pulak tu! Yahoo!... Nakal tu perkara biasalah bagi kanak-kanak. Macam diorang ni jugak.

Mama kalau kami datang tiap-tiap hari kat sini boleh tak?


Hai budak- budak ni, tak siaplah kerja Kak Yah hari ni nampaknya.

He, yang korang ni tak habis-habis nak kacau Mama ni, kenapa?


Kami bukan kacau, kami rindu nak kawan dengan Mama.

Masalah, masalah...

Kami nak belajar jugak macam mana nak tanam bunga dengan Mama, boleh kan?

Oh, tidakkk! Papa, tolong Mama!

Hai peninglah kepala Kak Yah melayan kerenah bebudak ni, hahaha...

Mama dah pening!


Mama pening takpe, kami ada bawak Panadol, hehehe...

Memang nakallah  bebudak ni.

Dalam pada tu Kak Yah terfikir sesuatu supaya bebudak ni balik cepat. Kak Yah pun panggillah diorang...

Cinta, Comel, Adawiyah, mari sini!


Ya, Mama. Ada apa?


Mari cepat kat sini, tengok ni, eh takutnya...!

Mereka pun cepat-cepat datang.

Ada apa...ada apa ha...?


Nah!, ambil satu sorang, jangan berebut ye.


Wow ada aiskrim rupanya! Nak...nak... Mama!


Sabar...sabar!


Kami ingat apalah tadi. Mama ni buat kami takut jelah.


Saja je Mama buat macam tu.

Sedapnya aiskrim coklat ni, Mama buat ke?


Ha, tau tak pe...hahaha... Hai semuanya seronok dan semuanya sedap kalau kat rumah Mama ni kan! Ha ah, banyaklah kau punya syok! Yang kerja Mama tergendala ni, siapa nak tolong siapkan ha?

Mereka bertiga ketawa sekuat hati.

Okaylah, Mama. Kami nak balik dulu ye! Kami nak pergi kedai pulak. Esok kami datang lagi ye!.


Oh, esok tolong jangan datanglah...


Kenapa pulak?


Nanti kerja Mama tak siap!


Oh, ye ke? Kesian Mama...


Tau tak pe. Eh, Cinta! Lupalah Mama.


Apa dia, Mama?


Kalau tak silap Mama, emak awak ada cakap dia nak beli anak pokok bunga, kan?


Dalam plastik hitam ni, Mama tanam anak pokok ke?


Ye! kenapa  lak?


Mama jual tak?


Awak nak beli ke?


Kalau Mama jual, saya nak belilah.


Pilihlah yang mana suka. Ha, kalau macam tu esok Cinta ajak emak datang beli bunga kat sini ye!


Okaylah Mama, kami balik dulu...bye....terima kasih banyak-banyak mama...we love you....bye...bye.. 

Bunga Setawar Putih
Cantik Kalau Ditanam Rapat-Rapat

Fuh, lega rasanya. Pasni barulah boleh sambung kerja semula. Sebenarnya, hari ini Kak Yah nak tanam pokok Setawar Putih. Kak Yah suka dengan bunganya tu. Pokok bunga ni kalau nak tanam, kita cuma perlu kerat je batangnya dan cucukkan ke tanah. Pokok ni senang nak hidup. Cuaca panas ke redup ke, semua boleh. Kak Yah tanam pokok ni rapat-rapat, nanti bila dia dah berbunga, nampak sangat cantiklah. Daunnya juga tersusun elok, berselang-seli pada batangnya yang berbentuk pilin (spiral). Kalau bunganya dah layu nanti, batangnya akan kering dan terdapat biji yang berwarna hitam. Memang senang nak jaga pun. Pastu kalau dah tinggi, kita potong dan boleh biakkannya lagi.

Batangnya Yang Berbentuk Pilin (Spiral)
Oh penatnya...!

Kalau dah penat tu masuk jelah ke dalam, minum ke, makan ke! Patut-patutlah buat kerje tu, Yah hoi! Kalau dah sakit nanti siapa yang susah? Abang...jugak kan!  (cik abang dah berbunyi). Lagi lama Yah kat luar tu nanti, lagi ramai budak-budak datang!

Okay, okaylah... Yah stop sekarang.....

Aduh,lemahnyalah badan.....penat...oh...penat....

Buat baik berpada-pada, esok lusa kan ada! Hahaha...

Hai, sempat berpantun pulak tu! Hehehe...