"Tapi dulu Kak Yah dah citer tentang bunga ni, kenapa ulang lak?"
Bukan ulang ... kali ni bukan Kak Yah yang citer tapi kerajaan Malaysia yang nak citerkan!
"Ha? Tak cayalah, Kak Yah. Mesti Kak Yah kelentong ni ..."
Betul, tak kelentong ... sebab kali ni Kak Yah cuma salinkan sebahagian daripada apa yang kerajaan dah sediakan dalam usaha untuk menggalakkan rakyatnya menanam bunga.
Jadi, tak usahlah bersoaljawab panjang-panjang kat sini. Korang baca jerlah apa yang terpapar kat bawah ni semoga memberi faedah kepada kita semua ... (kepada sesaper yang dah baca tu, silalah baca post Kak Yah yang lepas-lepas atau boleh gak kalau nak tanya Pakcik Google tentang perkara-perkara yang korang belum tau lagi, hehe) ...
Cara Menanam Bunga Raya (Langkah Demi Langkah) | |||||
Bunga Raya adalah tanaman hiasan yang mudah dibiak dan ditanam. Bunga Raya jenis Hibiscus rosa-sinensis iaitu Bunga Kebangsaan kita amat sesuai ditanam di negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Bunga Raya biasanya ditanam menggunakan cara “Keratan Batang” | |||||
Penanaman Dalam Pasu | |||||
1) Pilih anak pokok yang sihat dan subur, tiada kecacatan, serta bebas dari tanda serangan perosak dan peyakit. | |||||
2) Sediakan tanah campuran yang sesuai. Nisbah tanah yang baik ialah 3:2:1 iaitu campuran nisbah bagi tanah : bahan organik : pasir. | |||||
3) Tutup lubang pasu dengan beberapa keping serpihan pasu pecah atau ketulan batu untuk tujuan membenarkan pengairan. | |||||
4) Masukkan tanah campuran sehingga ¾ daripada ke dalam pasu. | |||||
5) Potong polibeg yang mengandungi pokok kecil dengan berhati-hati supaya bebola akar (rootball) tidak pecah dan terlerai. | |||||
6) Timbus bebola akar dengan tanah dan pastikan tanah dimampatkan dengan tangan supaya pokok diteguhkan dan tidak bergoyang. | |||||
Penanaman Di Atas Tanah | |||||
1) Jarak tanaman yang sesuai adalah di antara 0.5m – 1.5m mengikut kesesuaian dan tujuan penanaman. 2) Saiz lubang tanaman adalah di antara 0.3m – 0.5m (lebar x dalam x tinggi) 3) Teknik menanaman adalah sama seperti penanaman di dalam pasu. 4) Pancang diperlukan bagi bunga raya yang melebihi ketinggian 1 meter untuk mengelakkan pokok daripada tumbang. 5) Sungkupan diperlukan untuk menutup tanah di sekeliling pokok bagi mengekalkan kelembapan dan mengawal pertumbuhan rumpai. Antara bahan yang boleh diguinakan sebagai sungkupan ialah jerami padi, sabut kelapa dan sebagainya. | |||||
Penyiraman | |||||
1) Penyiraman adalah perlu dan hendaklah dilakukan pada kadar yang mencukupi. Bagi pokok yang baru ditanam, penyiraman dilakukan 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang. 2) Penyiraman boleh dikurangkan apabila pokok telah besar. | |||||
Merumpai dan Menggembur | |||||
1) Merumpai (mencabut/membuang rumput) perlu dilakukan bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya matahari. Ia juga boleh mengelakkan daripada menjadi habitat kepada serangga dan penyakit. Kerja-kerja merumpai perlu dilakukan secara berterusan. 2) Penggemburan dilakukan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur. | |||||
Pembajaan | |||||
1) Kadar dan kekerapan pembajaan bergantung kepada peningkatan tumbesaran pokok. 2) Bagi peringkat awal pertumbuhan (1-5 bulan), baja yang sesuai adalah NPK hijau (15:15:15) antara 25-50 gram setiap pokok dengan kekerapan sebulan sekali. 3) Selepas 6 bulan, bagi menggalakkan mengeluaran bunga, guna baja (12:12:17:2) antara 25-50 gram setiap pokok dengan kekerapan sebulan sekali. | |||||
Pemangkasan | |||||
1) Tujuan pemangkasan adalah untuk membentuk pokok, membuang dahan yang rosak, berpenyakit dan mati. 2) Oleh kerana pokok bunga raya berbunga di hujung ranting/pucuk (Terminal Flowering), pemangkasan hujung ranting/pucuk akan mengganggu pengeluaran bunga. 3) Oleh itu keperluan pemangkasan adalah bergantung kepada tujuan penanaman. | |||||
Penyakit dan Serangga Perosak | |||||
1) Secara amnya, pokok bunga raya adalah agak tahan lasak dan tidak mudah diserang serangga dan penyakit. 2) Antara serangga perosak yang kerapkali didapati menyerang bunga raya ialah kutu daun (aphids) dan koya (mealybug). Serangga ini didapati menghisap batang dan daun bunga raya. Serangan serangga juga mengakibatkan kudup bunga gugur. 3) Cara kawalan ialah dengan menggunakan racun serangga yang bersesuaian. Untuk membaca keseluruahan artikel ini, sila klik kat sini.
Lagi Celoteh Kak Yah Tentang Bunga Raya |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar