La ... buat penat jer kitorang perah otak memikirkan camner rupa bunga sedih tu .. apalah Kak Yah ni, hehe... Tapi takper, teruskanlah citer Kak Yah tu; tak sabar kitorang nak tau.
Sorilah yer. Sebenarnya Kak Yah sedih sebab dituduh menipu oleh sorang "hamba Allah" ni.
Citernya camni ... Dia order biji benih bunga cosmos ngan Kak Yah. Bila dah dapat, dia pun semailah biji benih tu. Tak lama lepas tu, tumbuhlah anak benih cosmos. Bila dia tengok jer pokok yang baru tumbuh tu, dia terus melenting! Agaknya selepas dia pikir-pikir, malam tu jugak dia sms Kak Yah. Dia maki hamun Kak Yah; dia kata Kak Yah menipu dia. Dia order benih "cosmos" kenapa Kak Yah bagi benih "ulam raja". Dia kata lagi, kalau pokok ulam raja, kat belakang rumah dia melambak! ... dan ada lagi kata-kata kesat dia yang Kak Yah rasa tak elok nak ditulis kat sini!
Sebelum korang komen apa-apa, silalah baca apa yang Kak Yah pernah tulis lama dulu kat sini. Malahan, kalau si "hamba Allah" tu tengah baca post ni, dia jugak patut sama-sama baca post yang lama tu.
Yang malas nak klik tu, kat bawah ni ada Kak Yah copy semula sebahagian daripada post yang berkenaan ...
-----------------------------------------------------------------------------------
Cosmos - Boleh Dimakan?
Boleh dimakan? Ya. Tapi bukan semua jenis Cosmos boleh dimakan; cuma spesis Cosmos yang dipanggil Cosmos caudatus atau Ulam Raja itu saja yang daunnya dimakan sebagai ulam.
Klik kat sini kalau nak baca keseluruhan post.Pokok Ulam Raja (Cosmos caudatus) Dan Daunnya Yang Boleh Dimakan |
------------------------------------------------------------------------------------
Kalau dah baca pasti korang sumer tau yang pokok bunga cosmos dan ulam raja tu adalah dari satu keluarga yang sama! Rupanya pun seakan-akan sama. Bezanya daun ulam raja sedap dimakan sebagai ulam manakala daun cosmos tak sedap malahan baunya pun berbeza.
Kak Yah pasti ada yang akan kata ni perkara kecik jer; tak payahlah nak sedih sangat. Adatlah berniaga ,,, macam-macamlah kerenah pelanggan. Sabor jer ler Kak Yah yer!
Jawapan Kak Yah, bukan apa, yang Kak Yah sedih tu selama Kak Yah menjual pokok bunga dan benihnya, tak pernah terlintas di fikiran Kak Yah nak menipu. Malahan setiap kali korang order ngan Kak Yah, pasti Kak Yah bagi lebih daripada sepatutnya kalau ikut harga. Tapi Kak Yah tak kisah sebab Kak Yah seronok dapat berkongsi kurniaan Allah dengan korang sumer. Satu perkara lagi, Kak Yah ni dah tua, dah lebih setengah abad dah umur Kak Yah. Anak-anak sumer dah berkeluarga belaka. Orang tua bila dimaki dek orang muda, sedih sangat rasanya. Tambah pulak kita tak buat benda yang dituduh tu. Lainlah kalau betul-betul kita menipu!
Apapun itu dulu ... sekarang ni Kak Yah dah maafkan "hamba Allah" tu. Kak Yah pun dah doakan agar dia sedar akan kesalahannya. Nasihat Kak Yah kepada sumer pelanggan yang Kak Yah hormati, kalau ada apa-apa yang tak puas hati, tanyalah Kak Yah dulu; minta penjelasan. Janganlah terus memaki hamun camtu. Boleh tulis kat ruangan "ulasan" kat bawah post ni. Tanya dengan baik, insyaAllah Kak Yah jawab.
Itulah kisah bunga sedih yang dah tak sedih lagi.
Catatan: Sebenarnya memang ada beberapa jenis bunga yang melambangkan kesedihan. Antaranya ialah bunga adonis, orkid putih, lily putih dan mawar putih. Biasanya jambangan bunga-bunga ini dihadiahkan kepada pihak yang sedang dalam kesedihan; mungkin kerana kehilangan orang yang tersayang atau perkara-perkara lain yang seumpamanya.
Bunga Adonis |
Orkid Putih |
Mawar Putih |
Lily Putih |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar