Festival Bunga dan Taman 2013
"Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Kini, FLORIA menjadi ikon acara tahunan yang unggul dengan mencatatkan rekod gemilang menerusi kunjungan melebihi 1 juta pengunjung, penyertaan dari 16 peserta antarabangsa dan lebih daripada 100,000 pokok bunga kertas yang telah dipamerkan dalam 82 lot taman pada tahun lepas. Pada tahun ini, bunga orkid yang popular kembali pada Floria 2013 dengan tema Orkid- Khazanah Tropika."
Tarikh: 22-30 Jun 2013
Lokasi: Presint 2, Pesisiran Putrajaya
Tema: Orkid - Khazanah Tropika
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Khamis)
9.00 pagi- 12.00 tengah malam (Jumaat - Ahad)
YURAN MASUK: PERCUMA
- (Petikan daripada laman rasmi Floria 2013)
Para pencinta dan peminat bunga sekelian, jom ramai-ramai kita kunjungi FLORIA 2013!
Jumpa di sana nanti...
Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/my/floriabm.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar