Boleh dimakan? Ya. Tapi bukan semua jenis Cosmos boleh dimakan; cuma spesis Cosmos yang dipanggil
Cosmos caudatus atau
Ulam Raja itu saja yang daunnya dimakan sebagai ulam.
|
Pokok Ulam Raja (Cosmos caudatus) Dan Daunnya Yang Boleh Dimakan |
Bunga Cosmos tergolong dalam kumpulan yang sama dengan bunga daisy dan matahari iaitu kumpulan
Asteraceae. Perkataan "
cosmos" berasal dari bahasa Greek "
kosmos" yang membawa maksud suasana yang seimbang dan teratur. Walaupun ia berasal dari Mexico namun kini ia banyak ditanam di negara-negara lain seperti Florida dan bahagian selatan USA membawa ke Amerika Selatan hingga ke Paraguay.
Bunga Cosmos boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu putih, oren, kuning, merah jambu (
pink), ungu kemerah-merahan (
fuchsia) dan merah menyala (
scarlet). Di antara spesis Cosmos yang popular ialah
Chocolate Cosmos (Cosmos atrosanguineus), Garden Cosmos (Cosmos bipinnatus), Sulphur Cosmos (Cosmos sulphureus) dan Ulam Raja
(Cosmos caudatus). Lihat gambar-gambarnya di bawah ini:
|
Cosmos bipinnatus (Foto: Wikipedia) |
|
Cosmos atrosanguineus (Foto: Wikipedia) |
|
Cosmos sulphureus (Foto: Wikipedia) |
Pokok Cosmos mudah ditanam dan dibiakkan. Ia tidak memerlukan penjagaan rapi dan jarang diserang penyakit atau serangga perosak. Ia boleh tumbuh di kawasan tanah yang kurang subur atau banyak mengandungi tanah liat. Tahan panas dan tahan kemarau. Pokoknya boleh tumbuh setinggi satu kaki hingga lebih daripada 6 kaki. Bunganya pula berukuran dari 2 hingga 4 inci lebarnya.
|
Cosmos Oren |
Ada dua cara untuk menanam biji benih pokok bunga ini. Pertama ialah dengan membuat parit kecil di atas tanah dengan menggariskan sebatang kayu yang tebalnya kira-kira satu inci. Letakkan biji-biji benih ke dalam parit itu mengikut jarak yang dikehendaki. Lepas itu cubitkan sedikit tanah dan timbuslah biji-biji benih itu dengan menekan-nekan tanah di atasnya. Akhir sekali, siram sedikit air.
|
Cosmos Kuning Berlapis |
Cara kedua ialah dengan menaburkan sahaja biji-biji benih itu ke atas tanah. Lepas itu taburkan pula tanah ke atasnya rata-rata. Siram sedikit air. Biarkan begitu selama beberapa hari dan anda akan lihat anak-anak pokok Cosmos mulai tumbuh dengan suburnya.
|
Kosmos Kuning |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar