Untuk mencapai tujuan tersebut, Kak Yah dah bersedia dengan semangat yang gigih dan impian yang besar. Pendek kata semua benda nak yang besar-besar je. Azam yang besar, bukan harta benda yang mewah-mewah tu... Maksud Kak Yah, kita mesti mempunyai azam yang besar supaya kita lebih berjaya dalam apa jua bidang yang kita minat. Buat benda-benda yang kita minat. Nanti dari situ kita akan nampak yang diri kita ni lebih berkeyakinan. Pilih satu kerjaya yang menyihatkan badan dan teruskan usaha itu dengan bersungguh-sungguh. Insyaallah akan berjaya. ( Ingatlah bahawa Tuhan Maha Pengasih Dan Maha Penyayang ).
"Hai betul-betul punya semangat nampak? Semangat besar pulak tu. Boleh capai ke?" Tengok tu! Ada jin tocang dua cuba menggoda. Suara siapa agaknya tu? Itu tak lain tak bukan nak menggagalkan usaha Kak Yah lah ni! Ya Allah ya Tuhanku, lindungilah aku dari syaitan yang cuba melemahkan semangat besarku ini. Amin...
"Hai cerianya nampak?" Cik abang menegur seperti biasa.
"Hari ini Cik Yah kita hendak cari pokok bunga apa?" ( Hai bertanya macam budak baru masuk sekolah je, hehehe... Demam tahun baru agaknya ni. Apapun, terima kasih kepada yang bertanya ).
"Kebetulan hari ni jugak Yah nak cari pokok bunga yang bunganya besar-besar. Berwarna-warni macam pelangi timbul selepas hujan gerimis." Jawab Kak Yah dengan penuh semangat.
Memang semuanya kebetulan sajalah hari ni. Apa yang dihajati dapat semua. Bunga yang dikehendaki tu memang ada dijual kat nursery tu. Alhamdulillah.....syukur pada Allah... Nak bunganya yang warna merah ada, kuning ada, pink ada, oren ada, putih kekuning-kuningan pun ada. Memang rezeki tahun baru nampaknya ni. Itulah tadi, Kak Yah dah bersedia menyahut azam tahun baru ni. Apa yang penting, semuanya besar-besar. Jiwa mesti besar dan ilmu pengetahuan pun mesti diluaskan lagi terutama ilmu tentang tumbuh-tumbuhan. Fokus mesti luas jangan sempit. Tapi ingat; berazam besar saja tidak memadai. Azam besar mestilah disertai dengan kasih sayang, baru menjadi. Baru boleh berjaya. Selain tu mesti juga ada kerjasama. ( Apa yang penting anak-anak semua? Kerjasama! Hehehe...).
"Haik dah lupa ke Cik Yah kita ni agaknya? Asyik sibuk dengan azam baru sampai terlupa nak mintak hadiah harijadinya. Tak lama lagi: 6 Januari ni. Mudahan-mudahan dia tak ...tak...." Cik abang sedang mencuba cari jalan selamat.
"Lalalalala .... Hari Jumaat ni hari jadi Yah, yeah! Nak hadiah yang besar-besar... "
"Alamak! Ingat rupanya dia. Mampus aku!" Cik abang dah terkantoi! Hehehe...
Apa yang penting? Semangat Baru, Semangat Besar!
Klik kat sini untuk membaca tentang "Bunga Terbesar Di Dunia"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar