Pagi-pagi lagi dah naik motor nak beli
breakfast. Macam biasa, sikitlah punya syok bila dapat naik motor.
Happy je
mood Kak Yah. Kalau mula-mula dulu, rasa sejuk giler naik motor pagi-pagi. Tapi sekarang Kak Yah dah hebat; tak rasa camtu lagi, hahaha... Kengkawan yang dah masuk opis waktu ni tentu sejuk gak, kan? Tapi tak sama ngan sejuk kat kampung ni: ada udara segar dan pemandangan yang menghijau, banyak oksigen lagi!
|
Tapai Manis: Masih Dalam Periuk |
Balik dari beli nasi lemak, bihun goreng, karipap dan kuih apam, Kak Yah singgah kat rumah Zai Tapai Manis, kawan Kak Yah yang buat bisnes tapai manislah apa lagi, hehehe. Tapai dia ni sedap giler! "Sehingga Menjilat Jari", hehehe. Kalau sesiapa nak cuba rasa tapai manis dia ni, bolehlah kontek Kak Yah (sila gunakan ruangan komen kat bawah).
|
Pisang Empatpuluh Hari |
Kak Yah sedekah kat dia sikit kuih yang Kak Yah beli tadi. Dia balas ngan dua bungkus tapai manis (Kak Yah tak mintak tau, dia yang nak kasi. "Terpaksa"lah Kak Yah ambil, hehehe.) Pastu, suami dia yang ada kat rumah masa tu (suami dia ni dah pencen!), bagi Kak Yah sesikat pisang 40 hari yang dia tanam sendiri. Alhamdulillah... tadah tangan jelah; rezeki jangan ditolak. Syukur kepada Allah. Memang betul macam kata orang (takkan kata binatang, kot!): kalau selalu memberi maka selalulah kita merasa. Satu lagi, kalau bangun pagi-pagi, akan banyak dapat rezeki.
Tapai manis dah dapat, pisang 40 hari dah dapat; apa lagi yang belum? Ha! Ada satu lagi yang belum dapat.
|
Tumbuh Merata-rata... |
Zai, ini bunga apa? Oh, itu bunga balung ayam. Senang hidup tu, Kak Yah. Tak perlu nak jaga sangat.Tengok tu, Kak Yah. Bunga ni tumbuh merata-rata. Saya takde masa nak bela; sibuk ngan tapai ni je. Kalau Kak Yah nak, ambillah semuanya, takpe... Saya memang cadang nak buang je bunga tu. Nak buang, Zai? Jangan, sayangnya... Nasiblah engkau wahai balung ayam. Kalau camtu, biarlah Kak Yah ambik. Kak Yah pun cabutlah pokok-pokok bunga balung ayam tu. Terima kasih banyak-banyak, ye Zai. Nanti Kak Yah datang lagi nak beli tapai manis lak. Kak Yah pun balik.
|
Hidangan Tapai Sebagai Dessert |
Sampai kat rumah, terus ajak cik abang bersarapan dengan
dessertnya tapai manis. Memang sedap dan memang manis! Rugi kalau tak mencubanya.
Lepas
breakfast, Kak Yah pun mulalah menanam pokok-pokok bunga tadi. Keluarkan
tools dan cari tempat yang sesuai untuk menanamnya. Bunga ni perlukan banyak cahaya matahari tapi kurang memerlukan air. Biji benihnya pulak ada kat batang pokoknya. Bunga balung ayam ni ada macam-macam warna. Selain berwarna merah, ada gak yang putih dan yang jingga (orenlah tu!).
|
Bunga Balung Ayam (Cockscomb) |
Selesai tanam bunga, terfikir lak Kak Yah: hari ni dapat pisang 40 hari dan bunga sikat ayam. Sikat? Iyalah... dalam bahasa Inggeris bunga ni dipanggil
cockscomb.
Cocks tu kan ayam jantan;
comb tu kan sikat! Jadi, "sikat ayam jantan"lah, kan? Tambah hensemlah ayam jantan tu bila bersikat, hahaha...
|
Pokok Bunga Balung Ayam Di Taman Mini Kak Yah |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar