Bunga Dihukum Gantung?

Hujan yang turun hari ini turun bersama air mata....huhuhu.... Kak Yah menangis sedih sangat-sangat tak dapat keluar untuk cari bunga sebab hari hujan lebat. Dari malam tadi hujan sampailah ke pagi ni non-stop. Itu yang membuatkan Kak Yah sedih; tak dapat berjumpa dengan kekasih hati...huhuhu... Cadangnya hendak mencari bunga gantung barang sepokok dua (ceh, bermadah pulak!)

Untuk pengetahuan korang semua, sekarang ni Kak Yah melangkah setapak lagi iaitu nak usahakan menanam dan merawat pokok bunga yang digantung dengan tali (bukannya gantung tak bertali. Hish! tak baik tu...) 

"Macam mana nak keluar ni? Hujan masih belum berhenti lagi. Cuaca makin sejuk ni."

"Apalah yang membebel sorang-sorang kat luar tu. Nah, pakai baju sejuk ni; pakai stoking ni; dan jangan lupa bawak topi. Jangan pakai kasut tu, pakai boot ni. Jom abang bawak Yah pergi jumpa kekasih hati tu. Mungkin dia dah lama menunggu."

"Oh, cik abang rupanya. Baik sungguh hati abang! Yah tak sangka ada offer yang sebegini bagus, hihihi...Terima kasih sekali lagi. Harap-harap hujan berhenti....."

Apa tunggu lagi? Jalanlah Pak Long...hahaha.....

Rupa-rupanya ada banyak jenis pokok bunga hiasan yang digantung ni. Ada yang berdaun, berbunga dah mestilah; jenis paku-pakis pun ada. Syoknya dapat menikmati keindahan warna- warni tumbuhan-tumbuhan ni. Bunganya yang kembang nampak berseri-seri bila tergantung-gantung dan ditanam pulak dalam pasu yang cantik-cantik. Aduh, pengsan!


Bunga Kemunting cina / Vinca
Bunganya Lebat Dan Tahan Lama
Pokok Berdaun Juga Cantik
Bunga Begonia
Rimbunnya Daun
Begonia Yang Mudah Nak DiTanam
Pokok Asam Batu
Bunga Petunia
Bunga Lipstik
Berdaun Tegak

Setiap rumah mesti nak dihias dengan bunga-bunga yang sebegini, barulah naik serinya. Kalau kawasan rumah kecil, kita boleh ikut cara ni. Kita gantung je bunga-bunga tu. Pastikan kepala kita tak terhantuk pada pasu-pasu tu. Kena kreatiflah sikit supaya kelihatan lebih menarik. Syok tengok bila bunga tu terjuntai-juntai.... Ada yang berbau harum dan ada yang tak berbau langsung tapi bunganya tetap cantik. Ada jugak yang bunganya hanya tahan 4 atau 6 bulan je, pastu mati. Ada pulak pokok yang berdaun macam paku-pakis tu tahan lama. Jadi, kalau korang nakkan udara lebih bersih dan nyaman sepanjang hari, banyak-banyakkan  menanam bunga gantung hiasan ni....sudah tentu hilang stress!

Berkenalan Dengan Bunga

Dah lama betul Kak Yah tak update blog ni. Bukan apa, sibuk ngan urusan keluarga. Maklumlah pada umur macam Kak Yah ni (dah lebih setengah abad), keluarga dah berkembang jadi besar. Makin hari makin besar. Mula-mula dapat sorang menantu, pastu dapat sorang cucu. Tak lama pastu dapat pulak sorang lagi menantu. Pastu dapat lagi sorang cucu. Belum lagi sedara-mara belah adik beradik lagi. Lagi sibuk lak, ada yang kahwin nyer, yang beranak nyer. Yang pergi umrah; yang balik umrah. Belum lagi yang gi luar negara: gi lanjut pelajaranlah; gi kerja outstationlah. Semua ni bukanlah Kak yah yang uruskan tapi sebagai ahli keluarga yang membesar ni kenalah ambik bahagian gak; tak banyak, sikit. Kena jenguk-jenguk gak, kan? Maka dengan sebab itu tertangguhlah buat sementara waktu untuk menulis kat blog ini. Harap faham dan harap maaf, yer?!

Sekarang meh citer pasal bunga lak. Sejak Kak Yah buat Group Jom Tanam Bunga kat Facebook, Kak Yah perasan ramai sekali ahli-ahli group yang tak berapa kenal sangat ngan bunga-bunga ni. Biasa tengok, tapi apa namanya ya? Yang ni pun ada kat umah mak saya, tapi saya tak tau namanya! Macam tulah lebih kurang pertanyaan-pertanyaan diorang kepada Kak Yah dan dua tiga orang lagi ahli group yang lain tu. Jenuhlah kami menjawabnya. Bukan pasal apa. Hari ni kita jawab, esok orang lain lak tanya benda yang serupa. Kita jawab lagi. Eh, takkanlah asyik nak reply perkara yang sama je kat fb tu, kan? Maka, oleh yang demikian, dengan segala besar dan kecik hatinya; dan dengan segala hormat dan tak larat nak hormat lagi, inilah Kak Yah kenalkan kat korang bunga-bunga yang biasa dijadikan tanaman hiasan di Malaysia ni yang Kak Yah tau namanya (yang lain tu, korang cari sendirilah, ye! hihihi...).

Bunga Seri Pagi
Bunga Ekor Kucing
Kertas
Bunga Cina
Bunga Jenjarum
Bunga Dahlia
Bunga Keembung
Bunga Kesumba
Bunga Kembang Tiga Bulan




Bunga Sedap Malam (Sundal Malam)
Bunga Kembang Merak



Bunga Sepit Udang
Bunga Senduduk
Bunga Melur
Bunga Kenanga
Bunga Kembang Bulan
Bunga Cempaka
Bunga Matahari
Bunga Butang
Bunga Balung Ayam
Bunga Ati-Ati
Bunga Bakung
Bunga Loceng
Bunga Telang (Clitoria ternatea)
Bunga Kekwa
Kemunting Cina
Pokok Puding
Bunga Teluki
Bunga Seroja
Bunga Gincu (Lipstik)
Bunga Lili
Bunga Kemboja
Bunga Keladi
Bunga Tahi Ayam
Bunga Anggerik

Tak puas tengok gambar-gambar kecik tu? Tengok video ni pulak ...