Bunga Boleh Kuruskan Badan?

Ni apa pulak ni? Bunga boleh kuruskan badan. Bunga apa, ye? Pasti korang nak sangat tau, kan?

Okay.

Pernah dengar bunga roselle, tak? Yelah roselle yang orang buat minuman tu. Bunga tu lah!




Jus Roselle

Mungkin ramai yang tak tau yang roselle tu juga adalah sejenis bunga yang sekeluarga dengan bunga raya. Nama sainsnya Hibiscus sabdariffa ( hibiscus dalam bahasa Inggeris kan ke bunga raya! ). Nak tau camner rupanya, sila tengok gambar-gambar kat bawah ni.




Beginilah Rupa Bunga Roselle

Boleh ke bunga roselle ni menurunkan berat badan kita? Macam mana ye?

Camni ... 

Oh ye. Sebelum tu, kita kena tau dulu yang bunga roselle ni ada banyak jenis tapi yang biasa ialah roselle merah, rosselle ungu, roselle putih dan roselle kuning. Dan yang paling berkesan untuk menguruskan badan ialah roselle merah.




Macam-Macam Warna Bunga Roselle

Caranya begini.

Pertama, petik beberapa kuntum bunga roselle dan cerai-ceraikan kelopaknya. Pastu jemur di bawah cahaya matahari terik sehingga betul-betul kering. Sampai warnanya bertukar jadi coklat kehitam-hitaman.

Kedua, rendam 5 ke 10 kelopak roselle dalam secawan air panas mendidih. Banyak mana nak rendam tu terpulang pada koranglah; kalau suka masam bubuhlah lebih kelopak dan kalau tak tahan masam tu kurangkanlah. Pastu biarkan sehingga kepanasan air itu agak-agak boleh diminum dengan selamat dan tak terbakar atau melecur lidah dibuatnya.

Ketiga, pastu apa lagi, minumlah! Jangan tambah gula ataupun benda-benda lain untuk menyedapkannya lagi. Nanti tak berkesan. Juga, pastikan minuman itu masih panas semasa diminum. Kalau dah sejuk, boleh diminum tapi lambatlah nak jadi kurus. Amalkan setiap hari: pagi secawan, tengah hari secawan, malam pun secawan. Kalau haus sangat tu, bolehlah hantam dua cawan, hehehe...




Kelopak-Kelopak Roselle Yang Dah Dikeringkan

Tapi ada pantang larangnya.

Pertama, jangan berangan saja nak kurus dengan hanya meminum air rendaman roselle ni. Kenalah berdoa kepada Allah dan kenalah jugak  berusaha dengan bersenam sikit. Ini akan insyaallah mempercepatkan proses membuang lemak di badan.

Kedua, jangan lupa minum banyak-banyak air suam atau air putih.

Ketiga, eh banyaknya pantang! Errr gurau je, mana ada yang ketiga, hehehe...

Begitulah caranya.

Sesiapa yang nak cuba tu, bolehlah mulakan sekarang. Mulalah mencari bunga roselle yang hidup atau yang dah dikeringkan. Apa? Ada yang tanya, tak boleh ke minum je jus roselle yang dijual dalam botol tu? Jawabnya kurang boleh kerana jus tu dah dicampur dengan bahan-bahan lain seperti gula dan sebagainya. Jus yang begini sesuai diminum untuk menambah vitamin C dalam badan.




Ladang Roselle

Akhir sekali, selamat mencuba dan semoga berjaya. Kalau dah berjaya nanti jangan lupa bagitau Kak Yah, okay!


( Gambar-gambar dari: Wikipedia )

Bunga Bangkai?

Bunga bangkai?  Biar betul! Tak pernah dengar pun. Bunga apa tu, ha? Macam mana rupa dia? Itulah soalan-soalan yang terkeluar dari mulut Kak Yah bila mendengar nama bunga tu. Korang pun mesti tak tahu bunga apa tu, kan? Apa? Ramai yang tahu? Baguslah kalau camtu. Nampaknya, Kak Yah sorang jelah yang belum tahu, ye. Apa-apa pun, bagi yang belum tahu tu, dan nak sangat tahu tu, bacalah kisah seterusnya ...

Pasti korang terperanjat ni. Bunga bangkai tu adalah bunga rafflesia atau bunga pakma! Hehehe, dah kata dah! Ramai yang terperanjat sebab tak sangka pulak itu rupanya bunga bangkai. Ya, bunga terbesar di dunia tulah yang dipanggil juga sebagai bunga bangkai!

Nak tau lak apasal dipanggil bunga bangkai? Sebab ,,, baunya busuk macam bangkaiiiii. Korang yang tinggal kat Malaysia Timur pasti tau bangat tentang bunga ni, kan?

Nak tau lak asal usul bunga ni? Camni citernya ...

Pada tahun 1818 dulu (dah lama tu ...) di Sumatra, Indonesia ada seorang gabenor bernama Sir Stamford Raffles yang sangat berminat dengan sains alam semulajadi (natural science). Beliau bersama seorang teman bernama Dr Joseph Arnold telah ternampak bunga ini semasa mengadakan sebuah ekspedisi ke kawasan pedalaman Sumatra. Tentu korang dah dapat teka, kan? Ya, betul ... sempena nama dia nilah bunga bangkai dipanggil bunga rafflesia. Pandai-pandai je mat saleh (orang putih atau orang Inggeris) tu tukarkan nama bunga tu padahal penduduk kat tempat tu dah lama bagi nama kat bunga tu. Dahlah tu, mat-mat saleh tu kata diorang yang jumpa bunga tu dulu  padahal orang tempatan kat situ dah lama tahu akan kewujudan bunga tu!

Untuk pengetahuan korang, bunga rafflesia atau pakma ni boleh ditemui di kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Setakat ni dah ada 17 species yang direkodkan. Bunga ni jarang ditemui dalam keadaan kembang sebab ia kembang hanya beberapa hari saja. Semasa kuncup bentuknya macam kobis dan saiznya pun lebih kurang sebesar kobis jugak. Bunga pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan diameter berukuran 91 cm (3 kaki), tebal kelopaknya 1.9 cm (3/4 inci) manakala berat puratanya 7 kilogram (15 lbs).

Kelopaknya berwarna coklat kemerah-merahan dan ada bintil-bintil yang mengeluarkan bau busuk macam bangkai. Ya, sebab itulah bunga ini dikenali juga sebagai bunga bangkai. Bunga ini membiak melalui bintil-bintil (biji benih) yang disebarkan oleh haiwan.

Ha ... sekarang tahulah Kak Yah bahawa bunga bangkai itu adalah bunga pakma atau bunga rafflesia! Apa? Boleh ke tanam kat kawasan rumah? Boleh, kalau kawasan rumah korang tu luas dan berada kat dalam hutan hujan tropika yang tingginya antara 500 hingga 700 meter dari paras laut dengan cuaca yang sentiasa panas dan sangat lembab. Itupun kalau korang boleh dapat benihnya yang amat jarang ditemui. Hehehe...

Inilah Bunga Bangkai atau Pakma atau Rafflesia tu...

Saper-saper yang nak tau lebih tentang bunga ni bolehlah baca buku yang ditulis oleh Kamarudin Mat Saleh (bukan mat saleh dalam citer ni ye, kebetulan pulak, hehehe...) kat sini: Rafflesia: Magnificent Flower of Sabah

Versi Bahasa Inggeris