Masa Kak Yah kecik-kecik dulu, Kak Yah suka sangat mendengar nenek Kak Yah bercerita. Ada satu cerita yang sangat menarik yang Kak Yah masih ingat sampai sekarang.
Pada suatu hari dalam sebuah kampung, eh... macam seram je ni...Taklah, janganlah takut. Kalau korang takut nanti Kak Yah terlebih takut ...nanti tak siaplah citer ni! Okay, kita sambung ye. Di kampung tu ada seorang lelaki kaya yang mempunyai rumah yang besar dan kawasan rumah yang sangat luas. Dia telah berkahwin dengan seorang pompuan yang sangat cantik.
Di halaman rumah pasangan ini terdapat banyak bunga, sebab isterinya yang cantik tu rajin sangat tanam bunga sebab dia sangat sukakan bunga. Sesiapa saja yang lalu di perkarangan rumahnya mesti berkata: Amboi cantiknya bunga tu, cantiknya kawasan rumah dia ye, cantiknya bunga tu, berwarna-warni pulak tu dan... berbau harum sangat-sangat ( Bukan Harum Sundal Malam yang seram tu! Jadi tak payahlah nak kata dah berdiri bulu roma tu.).
Si suami ni usianya lebih tua dari isterinya. Si isterinya tu bukan saja cantik malah masih sangat muda lagi. Rupanya lelaki yang kaya ni seorang bujang terlajak ( lambat kawin). Dah pastilah belum mempunyai anak, kan?
Setiap hari isterinya merawat bunga-bunga tu dan si suami pula membantu isterinya yang disayanginya tu. Hidup mereka sangat bahagia bukan saja kerana mempunyai harta yang banyak tetapi yang penting dalam hidup seorang lelaki, mempunyai seorang isteri yang cantik, rajin, bersih dan baik, selain mentaati si suami. ( Beruntunglah kalau sorang lelaki yang dapat memiliki seorang isteri yang begitu, kan? )
Tapi sayang seribu kali sayang...langit tidak selalu cerah. Mendung pun berkunjung menziarahi kehidupan mereka berdua. Bukan mendung kelabu lagi dah, yang datang ni mendung hitam pekat yang melambangkan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
Innalillahi... tanpa diduga, sakit tidak, pening pun tidak, jatuh pun tidak, kena langgar pun tidak... tiba- tiba Tuhan telah menjemput suaminya yang sangat-sangat disayangi nya itu untuk pergi buat selama-lamanya. ( Tadi citer ni macam seram, ni dah jadi sedih pulak ).
Maka dari saat itu tinggallah pompuan itu keseorangan hanya ditemani rumah yang besar, kereta yang mewah dan perkarangan rumah yang dihiasi bunga-bunga yang canti-cantik dan berwarna-warni itu. Setelah suaminya meninggal dunia, hanya bunga- bunga itu saja yang menghiburkannya setiap hari .Kehidupan yang lalu terpaksalah dilupakan, namun hatinya sedih dan pilu bagaikan kaca terhempas ke batu, huhuhu...Apa daya ku, aku hanya insan biasa... keluh hati si pompuan itu. Tapi dia redha dengan apa yang terjadi ke atas dirinya.
Siang berganti malam, malam berganti siang... dia tetap tabah mengharungi kehidupan ini walau pun terpaksa mandiri.
Pada suatu hari ada dua orang jiran lalu di hadapan rumahnya sambil berbual-bual.
"Cantiknya bunga tu, kan? Bunganya lebat sekali dan berkelompok-kelompok pulak tu! Apa nama pokok bunga tu? Cantik betullah!"
"Ha'ahlah. Cantiknya! Tapi saya pun tak tahu nama bunga tu. Tak pernah ditanam kat kampung ni. Mesti Cik Puan tu bawak dari tempat lain."
"Kalau macam tu, kita panggil je Bunga Janda Kaya, sebab yang menanamnya tu kan seorang janda yang kaya!"
"Ye tak ye jugak. Bijak, bijak..."
Maka sejak hari itu bunga tersebut dikenali sebagai Bunga Janda Kaya. Begitulah citernya... bukan citer hantu!
Inilah Bunga Janda Kaya Tu! |
Janda Kaya Pink |
Sekarang Kak Yah pun dah tahu kenapa pokok bunga tu dipanggil sebagai Pokok Bunga Janda Kaya atau nama saintifiknya Mussaenda, rasa macam seram jugak lah! ( Hai, kalau dah penakut tu cerite kelakar pun jadi seram, kan? hehehe...