Bunga Pengganti Diri

Sebenarnya hampir setiap jenis bunga di dunia ini melambangkan sesuatu. Di bawah ini adalah contoh beberapa jenis bunga dan apa yang dilambangkan olehnya.

Begonia = Sifat Yang Aneh
Bunga Aggerik (Orchid) = Kecantikan Yang Amat Sangat
Teratai (Lotus) = Kesucian, Belum Tercemar
Bunga Tiga Bulan (Hyrangea) = Kekakuan
Bunga Tahi Ayam (Marigold) = Kesakitan dan Kesukaran
Bunga Seri Pagi (Morning Glory) = Cinta Sia-sia
Bunga Mawar Oren = Keinginan/Kemahuan Yang Tinggi

Ku Kehilanganmu Wahai Si Trumpet

Hari ni nak pergi nursery tu ke? ( Wah cik abang  ada offer bagus ni ).

Apa lagi...  jawab cepat-cepat, nanti masa offer tamat. Hehehe... Bestnya!

Ye bang. Memang nak sangat!

Kalau camtu, jom!

Kak Yah pun siap-siap terus pergi dengan cik abang.

Sampai kat situ macam biasalah, browse dulu, pastu pilih mana yang berkenan di hati baru beli. Tiba- tiba Kak Yah ternampak  pokok bunga ni. Cantik, sangat cantik. Terus Kak Yah cium bunga tu. Amboi, wanginya!

Apa namanya ye? Kak Yah terus tanyakan pada mat pakis tu.

Katanya ini bunga trumpet, sebab bentuk bunganya seperti trumpet (terompet, sejenis alat muzik) dan berwarna kuning. Pokok bunga ni berdaun lebat dan boleh tumbuh rendang. Jadi elok sangatlah kalau ditanam di tempat yang luas.

Kak Yah pun puas hatilah dengan bunga tu. Selain bunganya yang kuning dan cantik, harganya pun murah, 3 ringgit je satu.  Kak Yah pun belilah sepokok.

Sampai kat rumah terus Kak Yah ambil tools dan tanam bunga ni  bersebelahan dengan  pokok bunga balung ayam merah kat taman mini. Selesai tanam Kak Yah siramlah macam biasa.

Kembangmu Hanya Sementara Waktu

Hiduplah pokok bunga tu. Memang tak salah lagi dah. Sebab tempat yang Kak Yah tanam pokok tu memang sesuai. Berbungalah si trumpet ni dengan gembiranya! Tapi...pada suatu hari Kak Yah teringat nak beli baja dan pasu kat nursery tempat biasa Kak Yah pergi tu. Sebab bekalan  baja pun dah nak habis. Kak Yah pun pergi lagi kat situ.

Masa tu Mat Pakis tak ada; yang ada taukeh nursery tu ( orang Melayu rupanya. Sebelum ni Kak Yah hanya berurusan ngan Mat Pakis tu je).

Hai Kak! nak cari bunga apa?

Oh... nak beli baja dan pasu; itupun kalau cukup bajetnya.

Kalau akak nak beli baja tu harga macam biasalah, tapi kalau akak nak beli pasu tu...ha...yang tu hari ni saya jual murah.

Berapa sebiji pasu tu? 

4 ringgit dan 5 ringgit. 

Yang besar- besar ni? ( Kak Yah  macam tak caya je harganya, sebab pasu-pasu tu cantik).

Ye kak.

Kalau macam tu, bolehlah.

Kak Yah pun belilah 2 biji pasu yang besar tu. Pastu Kak Yah pun lalu kat tempat baja pulak. Tiba- tiba terbau wangi sangat.

Bunga apa yang bau wangi ni dik? ( Kak Yah tanya kat taukeh tu ).

Yang tu bunga trumpet juga, kak.

Eh! Bukan ke bunga trumpet tu berwarna kuning?

Ada banyak jenislah,  kak! Yang ni pun sama, cuma bunganya saja berwarna pink.

Oh... baru tau! Okaylah dik. 

Dahlah Cantik, Wangi Pulak Tu

Kak Yah pun belilah bunga tu, pasu dan baja tahi ayam. Kak Yah pun balik.

Esok pagi- pagi lagi Kak Yah dah turun ke Taman Mini. Kak  Yah pun tanamlah bunga yang Kak Yah beli semalam, bunga trumpet pink tu lah. Dah siap tanam bunga tu, Kak Yah terfikir pulak? Baik aku tanam bunga trumpet kuning tu dekat- dekat dengan  bunga trumpet pink ni tentu lebih menarik kan? Kak Yah pun terus mencabut bunga trumpet kuning yang dah hidup dan berbunga segar tu. Kak Yah tanamlah macam biasa. Bila dah siap tugas tu, barulah senang hati. Malam nanti bolehlah tidur lena, hehehe...

Hai apa dah jadi dengan bunga trumpet kuning ni bang! ( Kak Yah menjerit seperti orang mati anak ).
Bang! bang! tolong Yah ni!

Kenapa? Kenapa? ( Cik abang cemas ).

Pokok bunga trumpet yang kuning ni dah nak mati! Dah layu... dah tak ada nyawa! Alah...bang, kenapa dia mati, ha?

Kak Yah pun sedih dan menyesal sangat-sangat sebab Kak Yah dah cabut dan tanam kat tempat lain. Kak Yah cuba siram dan siram ia  setiap hari...tapi akhirnya ia mati dan tak mungkin hidup lagi. Huhuhu..... sedihnya Kak Yah. Terasa seolah-olah Kak Yah telah membunuhnya, huhuhu...

Hanya Dikau Penawar Hatiku

Sabar, sabar! Sudahlah tu, jangan nangis lagi. Nanti kita  cari lagi kat Mat Pakis tu ye? ( cik abang cuba memujuk ).

Sampai saat ini Kak Yah masih terkilan mengenangkan bunga trumpet kuning tu.
..

Bunga, Bunga dan Banyak Bunga!

Pagi-pagi lagi Kak Yah dah seronok.

"Bang! Bang! Seronoknya ...Dia datang balik!" Kak Yah menjerit memanggil cik abang sebaik saja Kak Yah mendapat berita gembira tu.

"Apa yang seronok sangat ni? Cer citer, cer citer."

Cik abang nak tau.

"Diorang buat lagi, bang. Kali ni lagi hebat, lagi besar dan lagi ramai orang!" Kak Yah meneruskan citer gembira tu.

"Yalah... tapi amendernya yang syok sangat ni. Abang tak fahamlah. Cer citer jelas-jelas, terang-terang." Cik abang macam nak naik angin.

"Alaaaah... abang ni macam tak tau lak. Abang kan tau apa yang Yah sangat-sangat suka tu ... yang Yah tunggu tiap-tiap tahun tu ... takkan tak boleh teka kot!" Kak Yah pulak yang nak naik angin.

"Abang rasa abang tau. Err..... kalau tak silap abang benda ni dah kuar kat tv kelmarin. Ni mesti pasal bunga, kan?" Cik abang bersaspen pulak. Heee, geramnya!

"Floria Putrajaya, kan?" Cik abang cepat-cepat menjawab sebelum Kak Yah sempat nak cakap apa-apa.

"Ha'ah, bang. Floria 2011... di Putrajaya. Dari 9 hingga 17 Julai ni. Tak sabar Yah nak tengok! Kita pergi nanti, ye?"

"Iye... insyaallah kita mesti pergi, okay?" Cik abang memberi kepastian.

Yeh! Yahoo! Google! (Eh, apa lak kena mengena ngan Google?) Syoknya!

Kalau korang nak tau (itupun kalau belum tau), pesta bunga besar-besaran akan di adakan di Putrajaya pada tarikh yang Kak Yah sebutkan tadi. Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2011 namanya. Ataupun ringkasnya dikenali sebagai Floria 2011. Menurut pihak penganjur, sebanyak lebih daripada 12,000 bunga mawar (ros) pelbagai jenis akan dipamerkan. Bayangkan; itu baru bunga mawar, belum yang lain-lain tu.

12 000 Bunga Mawar Akan Dipamerkan!

Kalau tak silap Kak Yah, tahun ni akan menyaksikan 400,000 jenis bunga hiasan yang bermacam-macam warna. Bukan itu saja. Kalau kita berkunjung ke sana, kita juga akan dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan herba, pokok liar dan lain-lain hiasan laman dan taman yang unik dan berwarna-warni.

Pastu kita jugak dapat tengok rekaan taman dan gubahan bunga daripada pereka-pereka antarabangsa dari Indonesia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand, Macau, Kenya, Pakistan, Kanada, New Zealand dan Hong Kong.

Yang lagi best tu, ada jugak pameran, bengkel berkebun dan bercucuk tanam serta pertandingan untuk pelajar-pelajar sekolah dan universiti.

Bestnya... tak sabar nak pergi!

*****************************************************************

Kat bawah ni ialah gambar-gambar suasana di Floria 2010, tahun lepas.

Selain Melihat, Pengunjung Juga Berpeluang Membeli
Inilah Sebahagian Daripada Pengunjung Festival Itu

Kalau korang nak info lebih, ziarahlah website ni:

http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html
(Gambar-gambar di atas dipetik dari website yang sama)

Kertas Yang Bukan Kertas

Sejenis lagi bunga yang menarik perhatian Kak Yah ialah bunga yang dipanggil bougainvillea (bukangila, ye...) atau dalam bahasa kita disebut bunga kertas walaupun ia bukan kertas tapi bunga betul, bunga hidup. Bunga ni pun sangat cantik jika ditanam di halaman rumah ataupun sebagai pagar; tambah-tambah lagi kalau dapat macam-macam warna. Sebenarnya bunga ni boleh kita dapati dalam warna merah (merah menyala, merah jambu dan merah pucat), warna oren, warna ungu, putih, kuning dan macam-macam lagi.

Pink Bougainvillea
Orange Bougainvillea
Pink + Orange Bougainvillea
Red Bougainvillea

Kalau korang nak tau, bunga kertas ni sangat mudah ditanam dan dijaga. Kerat saja batangnya dan semaikan dalam pasu atau boleh saja cucukkan ke tanah. Bunga kertas ni juga perlu dibaja dan disiram secukupnya kalau hendak ia terus subur selain diletakkan di tempat yang panas jika ditanam di dalam pasu. Pokok bunga ni sangat suka kepada cuaca panas dan hujan macam kat negara kita ni. Sebab tulah kita boleh nampak bunga ni di seluruh Malaysia. Kalau dah hidup, ia boleh tumbuh membesar sehingga setinggi 10 meter ( tinggi tu!). Tapi biasanya kita tak dapat nak tengok ketinggian ni sebab batang pokok ni susah nak tumbuh tegak; ia lebih suka nak menjalar pada pokok lain atau pada tiang.

Purple Bougainvillea
Pandangan Dari Dekat
Wow, cantiknya! Ada Warna Putih Jugak!

Masa dulu-dulu, kuntum bunga kertas ni dijadikan hiasan kat rambut orang pompuan supaya nampak lebih cantik dan berseri. Pastu kalau nak mandi bunga pulak supaya cepat dapat jodoh pun diorang gunakan bunga kertas ni dicampur ngan bunga-bunga lain. Tapi zaman sekarang ni bunga ni hanya digunakan oleh kaum India dan Cina dalam upacara pengkebumian saja.

Dari segi perubatan pulak, bunga kertas ni boleh mengubat penyakit-penyakit seperti bisul, cirit-birit, kencing bernanah dan lain-lain lagi. Caranya ialah dengan merebus batang, daun dan bunganya; dan meminum airnya. Ini adalah untuk rawatan dalaman. Untuk rawatan luaran (macam bisul) pulak, tumbuk sampai lumat pastu tampalkan pada bahagian yang sakit. Insyaallah sembuh!

Bunga Kertas Juga Boleh Dibuat Ubat

Wangi Si Putih

Asyik sibuk menyiapkan kerja-kerja yang tak habis semalam, tak sedar pulak pokok bunga susun kelapa ni dah besar dan merimbun; banyak betul daunnya! Ni macam mana pulak nak buat ni? Kalau nak dicantas, sayang pulak; sebab bunganya sedang kembang, baunya wangi dan  berwarna putih. Fikir punya fikir, biarkan sajalah. Pokok bunga susun kelapa ni memang senang nak hidup. Kak Yah dapat benih pokok  bunga ni dari kawan. Masa tu dia bagi keratan batangnya saja, terus Kak Yah cucukkan ke tanah. Pokok bunga ni selalu hidup subur dan selalu berbunga kalau dapat cahaya matahari yang cukup. Kebetulan  Kak Yah tanam bunga ni, betul-betul tepi jalan rumah Kak Yah. Dah tentunya hidup subur. Kalau budak-budak lalu kat situ, mesti diorang petik; sebab baunya wangilah... kata diorang. ( Petik sekuntum dua tak apa; tapi jangan lebih tau,nanti mama marah, hehehe...) Tau pulak diorang tu ye! Biasalah budak-budak.


Tersusun Indah Putih Berseri
Harum Baunya Si Putih Jasmin
Si Putih Melur Memikat Hati
Kembang Si Putih Berseri-Seri
Si Putih Susun Kelapa Seindah Namamu!

Wangi lagi? Oh...yang ni pulak bunga jasmin, memang sangat wangi. Tak kira siang atau malam, sentiasa wangi; putih jugak warnanya. Oops, yang ini pun wangi jugak. Bunga apa pulak ni? Hai! Hari ni semuanya bau wang-wangi. Melur...melur kembang mewangi, putih berseri-seri; bila terseyum nampak gusi, hahaha... Hilang rasanya penat Kak Yah ni; sebab menghidu udara yang nyaman dan wangi-wangian yang menyegarkan. Hai... berbaloi betul buat kerja hari ni.  Akhirnya siap jugak kerja-kerja tu. Barulah senang hati. Tapi... Pelik jugak, kan?  Asal putih wangi, asal wangi putih, hehehe...( Hantuuuuuu ke?! )

Bunga Kembang Hujan

Selepas peristiwa tanah runtuh di Lembah Azwen tempoh hari akibat hujan turun tak berhenti-henti, akhirnya cuaca mulai cerah kembali. Masa tu memang hari asyik hujan je. Tapi sekarang okay jugaklah; ada jugak hujan, tapi taklah sehebat dulu tu. Kak Yah pun dah sibuklah kembali turun ke taman mini Kak Yah. Banyak betul kerja nak dibuat: nak mesin rumputlah, nak cabut rumputlah, nak buang dahan-dahan pokok serta daun-daun yang dah matilah ... Aduhai, tak ada orang yang nak bantu pun!  Nampaknya Kak Yah sorang-soranglah kena kerjakan ( sendiri  mau ingatlah ). Tak apalah, yang penting  buat kerja tu sikit-sikit, tetapi selalu buat, nanti lama-lama siap jugak, kan? Kalau nak kira penatnya...memanglah penat, tapi bila dah tengok hasilnya...ha..macam mana? Seronok, kan? Hehehe... Jadi, buat je kerja tu, jangan tak buat!  Kalau taman tu cantik  dan bersih, taman siapa? Kalau bukan taman mini Cik Yah, hahaha... ( cakap sorang- sorang ). Tau takpe!  ( Heh, ada orang dengarlah! ). Ooooo intai kita ye! ( cik abanglah tu ).

Berdua-duaan (Bunga Raya Juga Ni)
Bunga Raya Merah ( Hibiscus ) Yang Memikat Hati
Bermandikan Embun Pagi (Bunga Raya Pink)
Bunga Raya Kecil Molek
Bunga Raya  Sanggul Merah
Kembang lagi (Bunga Raya Putih)
Merah Berseri Si Kembang Ini
Si Putih Tiga Beranak!

Belum pun siap kerja mengemas pokok-pokok bunga tu, Kak Yah ternampak pokok bunga raya yang Kak Yah tanam dulu, dah lama jugaklah, dah tak ingat bila Kak Yah tanam; cantiknya dia!  Semua pokok bunga raya yang dah Kak Yah tanam dah berbunga. Yeh! Yeh! Dah berbunga..... Nampaknya lepas ni  bolehlah mandi bunga, ye? Hehehe... pasti awet muda! Seronoknya! Ada bunga warna peach, merah,  pink, putih, tapi warna kuning tak adalah.  Nanti nak cari warna yang lain-lain tu kat nursery. Bunga raya ni  memerlukan cahaya matahari  dan air yang cukup selain baja. Patutlah semuanya berbunga, sebab....hari hujan! Bukan tak tau, tapi tak perasan je, hahaha...

Nampaknya  hari ni memang tak boleh siapkan kerja kemas-mengemas ni. Hari dah panas sangat ni, asyik minum air je dari tadi, kejap-kejap "out jap"....hehehe pergi bilik airlah....Hai penatlah. Insyaallah besok Kak Yah sambung kerja ye! Hai kontraktor dah balik, kerja  sekerat hari ye cik Kak?, hehehe ( Dialah tu, siapa yang ada lagi, kalau bukan cik abang ). Hahaha...

Yang Mati Hidup Semula

Mati Hidup Semula? Eh, macam nama lagu popular Jamal Abdillah je... Bukan! Bukan nama lagu tapi, teruskan membaca...

Mula-mula tumbuh, pastu cepat berbunga, akhirnya cepat lak mati...huhuhu... Begitulah kitaran hidup bagi bunga- bunga yang tak panjang usianya atau pun kita panggil bunga yang bermusim. Bunga-bunga yang bermusim ni sememangnya rajin berbunga dan bunganya kalau kembang tu tak lama mana pun. Kadang-kadang tu tak sampai sebulan dah pun Innalillah...

Kalau Asyik Hujan Je, Cepat Mati!
Ini Pun Cepat Berbunga Dan Cepat Mati
Bunga Butang Ni Pun Sama

Tapi kalau korang nak tau, sebenarnya Kak Yah suka sangat beli  bunga yang jenis macam ni, sebab cantiklah. Apa tidaknya, masuk je kat nursery tu, mata Kak Yah ni mesti terus terpandang bunga yang kembang je. Tak fikirkan langsung apa jadi masa depan pada bunga tu. Sepatutnya Kak Yah mesti lebihkan perhatian tentang penjagaan bunga-bunga  tersebut. Bunga jenis bermusim ni, selalunya nakkan cahaya matahari yang cukup tapi tak terlalu panas kering; tu yang susah nak jaga bila hari asyik hujan je. Kalau hari asyik panas dan kering pulak, nanti bunga- bunga tu terus layu dan mati.

Yang Baru Nak Kembang
Kembangnya Dia... Sebab  Dapat Banyak Cahaya Matahari
Cantik, kan?
Dah Kembang ... Tapi Sekejap Je!


Tapi dalam kesusahan tu masih ada senangnya. Sebab kalau kuntuman bunga-bunga tu kering dek panasnya cahaya matahari, nanti  bolehlah  kita jadikan benih lalu kita semai  semula dalam pasu atau tabur je kat tanah. Selepas seminggu, cuba tengok; mesti dah nampak anak pokok bunga yang baru muncul. Ha... itulah kelebihannya yang menguntungkan kita. Tak payah nak keluar bajet. Dah jimat dah... ( Asal hidup je mati; asal mati je hidup, hahaha...) Kalau korang nak tau bunga apa yang Kak Yah citer ni, sila lihat kat bawah ni ye. Senang je tanamnya: TABUR JE YE KAK YAH! Hahaha... TAK CAYA, CUBA TRY ( cuba ngan try tu kan sama maknanya, hehehe ).

Taburkan Saja Biji Benihnya, Hiduplah Nanti

Mimpi Bunga Merah

Bang...! Oh bang...! Hari  ni Yah nak pergi sarapan kat care4, boleh tak? Hari ni  abang okay kan? Hai macam biasalah... Yah bukan nak makan sangat pun, tapi... nak jumpa dengan...

Yah nak jumpa dengan siapa?

Tak Jadi Nak Jumpa

Dia tu lah. Itu hari dah nampak dah, tapi masa tu hari hujan lebat, cuaca tak bagus, tak jadilah nak jumpa.

Amboi! Ada "taman dalam hati" nampak? Patutlah pujuk sakan ...
Bukan apa, malam tadi Yah mimpikan dia ni,  memang tak boleh tangguhkan lagi, nak jugak  jumpa dengan dia tu. Abang jangan tanya-tanya Yah dulu, siapa dia,  apa namanya dan apa-apa je lah, diam-diam, okay!

Wah, dah parah penyakit budak ni. Kalau makan tak lalu, asyik teguk air putih je ni, memanglah dah parah sangat- sangat ni.

Abang bawak je Yah kat situ, nanti Yah kenalkan  abang dengan dia, ye? 


Nanti kalau dah sampai, kita sarapan dulu, boleh tak Yah? Perut abang dah berbunyi ni. ( Alah... ada-ada je, berbunyilah pulak! ).

Okay, kita makan dulu...Pas tu kita pergi kat tempat tu.

(Sampai kat situ....)

Bang! inilah sidia tu! cantik tak? 

Inilah Si Dia Tu (Ixora ke Flaming Beauty? Tak pasti ...)


Oh... dia ni ... ingatkan siapa tadi. Memang cantik sangatlah... apa nama bunga ni agaknya ye?

Entahlah bang, nampak macam bunga ixora. Tak kisahlah bang, nanti kita cari namanya. Apa tunggu lagi, cepatlah bang! Ambillah gambar Yah ni, cantiknya bunga ni  bang... Amboi! macam mana bunga ni kembang  sangat ye?  Bunganya tak gugur  pulak macam bunga alamanda ungu tu. Abang...! boleh tak Yah petik bunga ni, nak sikitlah, boleh kita tanam kat taman nanti? 

Tak Gugur Pulak Bunganya Ye!

Kalau terlampau suka sangat dengan bunga tu, tak semestinya boleh ambil sesuka hati Cik Yah hoi! Nanti kita cari kat nursery dan kalau ada kita beli ye? Kat sini mana boleh petik-petik sembarangan, nanti kena tangkap siapa yang susah. Kalau Yah tak ada, siapa nak jaga taman Yah tu nanti, tak sayang ke? Lagi pun kalau Yah ambil tanpa izin, dosa tau! (Cik abang dah berkhutbah pulak dah...hahaha...)

Cukuplah,  dah dapat ambil gambar dengan sidia tu, lain kali kita datang lagi,  jom kita balik... Bye sayang... jumpa lagi besok pagi..hahaha.

Apa? Besok pagi? (Cik abang terkejut ) Hahaha...

Kasihku Layu Di Taman Mini

Hai, dah buat macam-macam cara dan teknik dah, tapi tak berjaya jugak. Abang! Cuba tolong  buat kajian saintifik ke atas bunga alamanda ungu ni. Bila berbunga  je  jatuh dari tangkainya. Asal berbunga je, jadi macam tu. Sayanglah... sebab bunganya cantik. Macam tak lekat, asyik nak gugur je. Kalau macam ni nanti sampai bila pokok bunga ni nak jadi besar. Kak Yah pun pelik betul lah...aduhai... ( Bela je dan sabar, kata cik abang ). Mudah- mudahan dia cepat membesar dan bunganya tak jatuh lagi... sabar ye Yah! ( Cik abang memujuk Kak Yah ). Kalau ikutkan hati ni, nak je Kak Yah buang pokok  bunga tu... memang tak sabar rasanya!

Alamanda Ungu
Asal Kembang... Gugur!

Hai mama marah betul nampak!

Ha! Rita nak kemana ni?
 
Rita nak bagi mama bunga ni. Tadi ayah suruh Rita hantar bunga ni berikan kat mama.

Inilah Bunga Yang Rita Bagi
 

Amboi, cantiknya! ( Dah senyum kembali ) Eh... siap dengan pasu pulak tu! Terima kasih ye Rita!

Sama-sama. Bye mama...

Bye!

Huh! Barulah tak marah.

Hai, cik Yah dah seronok pulak? Tadi macam  tsunami nak melanda kampung ni je! (cik abang menyindir).

Alhamdulillah... tak jadi, hehehe... ( Oh perli ye cik abang ).

Inilah Menatangnya!

La la la.... jom kita tanam bunga... Alamak! Menatang apa pulak ni? Terkejut Kak Yah dibuatnya. Tiba-tiba  Kak Yah terpandang seekor serangga sedang menikmati  sarapan pagi di taman mini Kak Yah ni: belalang kunyit rupanya. Amboi! santainya dia, besar pulak tu. Kalau menatang yang ni Kak Yah tak takut. Makanlah... makanlah...hahaha...Tapi kalau cik biawak tu datang...... pasti cabut lari....tak tunggu lagi...