Bunga Hidup vs Bunga Tiruan

Bunga Tahi Ayam Ni Bunga  Hidup; Bukan Bunga Tiruan!

Hari ini buat kesekian kalinya ( maknanya, dah terlampau banyak kalilah ...) Kak Yah melihat-lihat pokok-pokok bunga yang ada kat halaman rumah. Bermula dari taman mini yang Kak Yah bina tu hinggalah ke pokok-pokok bunga yang ada kat sekeliling rumah: kat tepi rumah maupun yang kat belakang rumah! Melihat akan keindahan rupa bentuk dan warna bunga-bunga yang sedang berkembang dan yang baru nak kembang tu, terlintas kat fikiran (yang boleh tahan jugak bijaknya ni, hehehe) alangkah cantiknya kalau kuntuman bunga-bunga ini dipetik dan disusun menjadi sebuah gubahan! Memang cantik, kan? Tapi ... (tapi apa lak ni?) tapi Kak Yah tak pandai nak gubah bunga. Macam mana ni, ye? Oh, ya! Pakcik Google kan ada. Maka Kak Yah pun ziarahlah sedara paling rapat Kak Yah tu. Apa tidaknya. Kalau sehari tak mengadap Pakcik Google, pasti tak senang dibuatnya, hehehe!

Dari bapak sedara Kak Yah tu Kak Yah dapat banyak info tentang cara-cara nak gubah bunga hidup atau bunga segar. Baik yang dalam bahasa kita maupun bahasa mat saleh (bahasa Inggerislah tu...) Korang pun kalau berminat boleh buat macam Kak Yah. Tapi jangan lak hanyut jauh-jauh kat dalam internet tu sampai lupa nak masak ke, nak membasuh ke, nak apa-apa jelah yang lain yang penting jugak kita buat, okay!

Selepas mendapat maklumat yang diperlukan, maka Kak Yah pun mulalah mengumpul bunga-bunga dan alat-alat yang diperlukan untuk menjayakan projek Kak Yah ni. Syoknyer! Tak sabar nak mula dan tak sabar gak nak lihat hasilnya. Kak Yah percaya korang pun tentu tak sabar nak tengok gambarnya, kan? Okaylah, nanti bila dah siap dan menjadi dengan cantiknya, Kak Yah akan tunjukkan gambarnya kat sini. Kalau korang nak tau, sebenarnya masa nak mula gubah bunga-bunga tulah Kak Yah teringat pulak yang Kak Yah dah lama tak update blog ni. Jadi Kak Yah pun onkan pc dan inilah entri post yang korang tengah baca ni.

Kesimpulannya, minta maaf ye, sebenarnya setakat ni belum adalah lagi gubahan yang dah siap! Macamanapun, sebagai mengubat kekecewaan korang (dan Kak Yah jugak ), maka kat  bawah ni Kak Yah paparkan beberapa contoh gubahan bunga hidup yang Kak Yah kutip dari internet. Jangan marah, ye! Gubahan-gubahan ni cantik-cantik belaka dan sudah pastilah sesuai jugak dijadikan hantaran perkahwinan.









( Sumber Foto: http://ferngalleryflorist.com )

Ilham Corak Batik Dari Bunga

Ring... ring... ring... telefon berbunyi.

Assalamualaikum , Kak Yah ke tu? 

Waalaikumussalam...ye Kak Yah ni. Ada apa-apa yang Kak Yah boleh bantu? 
 

Sebenarnya saya ni belum pernah jumpa Kak Yah kat luar pun, cuma di Facebook je. Nama saya Lin dari Ampang ... dan saya minat sangatlah tengok blog Kak Yah tu, cantik-cantiklah bunga-bunga tu. Rajin betul Kak Yah ni.

Corak Bunga Kertas
Corak Tepus
Corak Keladi
Oh ye ke, kalau begitu bolehlah kita terus berkawan ye? Kak Yah pun suka dapat berkawan dengan Lin. Tapi macam mana Lin tau nombor telefon rumah Kak Yah ni?
 

Mungkin Kak Yah dah lupa kot. Dulu semasa Kak Yah duduk kat KL, Kak Yah ingat lagi tak jiran sebelah rumah tu? Dia tu kawan sekampung dengan saya. Dia kenal rapat dengan Kak Yah; dialah yang beritahu nombor telefon Kak Yah ni.

Oh...... macam tu ceritanya, fahamlah Kak Yah. Dah ingat dah....


Kak Yah boleh tolong Lin tak? 

Kalau kena dengan tolongnya tak masalah, boleh je tolong.

Lin ni ada buat batik lukis sendiri di rumah. Jadi kalau Kak Yah izinkan, Lin nak cedok idea dari gambar-gambar bunga di blog Kak Yah tu, boleh tak? 


Corak Ini Pun Cantik
Corak Balung Ayam
Corak Daun Hijau Muda
Corak Puding
Corak Dan Warna Yang Kak Yah Suka
 
Corak Berjalur
Corak Baldu
Corak Bunga Keladi
Corak Ini Pun Boleh
Corak  Pink Lembut
Corak  Batik Yang Sangat Cantik

Bagusnya! Pandai lukis batik adik ni rupanya. Kalau macam tu Kak Yah lagi suka, ambillah takpe!  Bunga-bunga tu kan Allah yang punya, apa salahnya kita kongsi gambar-gambarnya. Tapi...... ada satu syarat: kalau dah siap lukis batiknya nanti, dah jadi kain, jangan lupa beri Kak Yah sehelai ye? hehehe...Gurau je lah... Kak Yah harap Lin teruskan usaha ni ye. Kak Yah bolehlah bantu dari segi warna, bunganya dan coraknya ye. Untuk tu, Lin  kenalah buka blog Kak Yah selalu. Okay Lin, nanti kita citer lagi ye, bye...

Okay Kak Yah. Terima kasih. Bye...


Tengoklah  gambar-gambar bunga yang boleh dijadikan corak batik yang ada kat blog ni  ye. Mudah-mudahan boleh membantu Lin. Bagusnya! Muda-muda lagi dah ada kerjaya sendiri.  Mudah-mudahan  menjadi seorang pereka dan pembekal batik terkenal suatu hari nanti, Amin...

Si Kudung Dengan Keembung

Mak ai...... terkujut den...besarnya budak ni. Mentang-mentanglah hari asyik hujan je, engkau pun keluarlah ye... Tak takut langsung dengan kita ye. Agaknya budak ni tau yang Kak Yah ni takut ke dia..hahaha... Mari kita serang dia! Korang nak tau apa bendanya? Ha! siapa lagi kalau bukan si biawak dulu tu lah... His...his..gelinya... Masa  tu Kak Yah sedang merawat bunga keembung yang banyak bunganya.


 
Kesiankan, kakinya dah kudung
Kat taman mini Kak Yah ada bunga keembung yang berwarna merah, ungu dan pink. Cantik-cantik tau.  Dalam banyak -banyak bunga yang Kak Yah tanam, bunga inilah yang paling senang hidup dan senang nak jaga. Bijinya yang hijau akan bertukar kekuningan bila masak lalu meletup. Apabila biji-biji tu meletup akan bertaburanlah benihnya. Nanti selang beberapa hari akan tumbuhlah anak pokok yang baru. Pokok bunga ni cepat hidup, cepat berbunga. Kak Yah suka  tanam pokok bunga ni.

Warna Ungu
Warna Merah
Warna Pink
 Bunganya jugak boleh dibuat inai . Caranya, ambil segenggam daun pokok bunga keembung yang berwarna merah lalu ditumbuk lumat ( hancurlah tu ). Tampalkan saja pada kuku jari kita, nanti merahlah...cantiknya,hehehe... Sesiapa yang nak berinai tu bolehlah mencuba produk halal ni, hahaha...

Hai, nampaknya budak ni semakin dekat ni. Abang!...Tolong! ...Dia gigit tak ni? ( Cik abang buat-buat tak dengar; ketawa je dia ye, nanti dia ). Dalam takut tu, Kak Yah terperasan yang salah satu kaki biawak tu dah kudung. Kesian pulak awak menengoknya, huhu.

Assalamualaikum..mama..oh mama! Tiba-tiba ada suara budak panggil Kak Yah. Kak Yah  yang sedang takut melompat terperanjat.

Eh! Kenapa mama nampak macam takut je ni? Siapa yang kejar mama?

Mama bukan kena kejar, tapi ...... takut dan geli bangat....

Apa dia mama?

Cuba Rita tengok kat bawah pokok betik  tu! 

Alamak Dah Dekat!
Alah... tu pun takut...hehehe...kelakarlah mama ni.

Apa! Rita tak takut ke?

Dah biasa dah dengan binatang tu..... ( Haik, kawan dia ke ni? ).

Nah ambil ni mama. Ada benih bunga , tapi...namanya Rita tak tau pulak, mama tanam jelah ye? Kalau dah hidup baru kita beri nama dia..hahaha..bye mama! 

Inilah Benih Bunga Tu!

Terima kasihlah...

Pastu Kak Yah tengok lagi kat tempat biawak tadi. Oh...lega..budak tu dah tak ada...Selamat!

Tanah Runtuh Dan Balung Ayam Merah Ungu

Balung Ayam (Merah/Ungu)
Alhamdulillah bertemu lagi kita. Hari ni cuaca mendung dan sekejap-sekejap hujan renyai-renyai seolah-olah meratapi pemergian ke rahmatullah anak-anak yatim Al Takwa yang tertimbus semasa latihan nasyid pada 21 Mei 2011 di Lembah Azwen Batu14 Hulu Langat tempoh hari. Hujan yang berterusan menyebabkan tebing sebuah bukit berdekatan runtuh. Runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut. ( Marilah kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka ... Amin ). Kejadian ini benar-benar mengejutkan semua orang, lebih-lebih lagi Kak Yah dan seluruh penduduk Hulu Langat. Tempat kejadian tu pulak taklah jauh sangat dari kampung Kak Yah duduk ni. Memang kami terkejut dengan kejadian tersebut.

Pada waktu kejadian tu Kak Yah sibuk merawat bunga-bunga di taman. Penuh semangat. Sebab bunga yang Kak Yah tanam tempoh hari dah mengeluarkan bunganya. Amboi...cantiknya dia. Bunga ni namanya bunga balung ayam ungu ( merah kebiru-biruan sebenarnya ). Bunga ni biasanya ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan rumah atau di tepi jalan. Pokok bunga ini memerlukan cahaya matahari yang banyak. Jangan sekali-kali tanam di tempat yang tanahnya bertakung dengan air. Kalau tanah tu basah dan berpasir lagi cepat bunga ni tumbuh. Bunga ni Kak Yah tanam daripada bijinya; caranya taburkan saja.

Pokok bunga ni juga ada khasiat perubatan. Kalau sesiapa yang berbisul, cuba ambil batang pokok bunga ni basuh bersih-bersih dan tumbuk sampai lumat, pastu tampal kat bisul tu . Nanti rasa panas dan bengkak akan hilang.

Hai nampaknya tak boleh nak citer panjang-panjanglah. Sebab hati Kak Yah ni masih rasa pilu dan sayu dan teringat-ingat lagi akan kejadian yang telah menimpa anak-anak yatim tu. Bayangkanlah kalau terjadi kepada anak kita, macam ne? Mangsa yang terakhir dijumpai tu pulak namanya seakan-akan serupa pulak ngan nama anak bujang Kak Yah tu. Nama Allahyarham tu Zahid Assawal Zamri, cuma bezanya nama anak Kak Yah takde Assawal tu saja. Hati ibu mana yang tak sayu....huhuhu...

Kat bawah ni ada klip video tentang tragedi tu ...


(Sumber: Berita Harian Online)

Ayat Penyelamat:

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُون
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.

(Daripada Al Quran)

Kisah Bunga Mawar

Mawar Kampung  (Foto: Wikipedia)

Mawar Pink (Foto: Wikipedia)
Selain daripada menanam bunga, Kak Yah juga (dah tentulah, kan) suka membaca info tentang macam-macam bunga yang ada kat internet. Dengan cara ni dapatlah Kak Yah menambah ilmu (yang memang tak banyak mana pun) tentang cara-cara menanam bunga, menjaga bunga dan macam-macam lagi tentang bunga. Rasanya tak payahlah Kak Yah panjang lebarkan topik ni sebab korang pun tentu dah faham, kan?

Sebenarnya Kak Yah nak kongsi ngan korang satu kisah menarik yang Kak Yah jumpa semasa merayau-rayau dalam internet. Tapi korang kena baca dalam loghat Indon sebab penulisnya orang seberang!

Beginilah kisahnya ...

Suatu ketika, ada seseorang pemuda yang mempunyai sebuah tunas pohon mawar. Dia ingin sekali menanam tunas itu di kawasan belakang rumahnya. Peralatan menanam, baja serta pasu untuk pohon mawar tumbuh berkembang dengan segera disiapkan. Dipilihnya pasu yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di sudut yang cukup mendapat sinaran matahari. Dia berharap, tunasnya ini dapat tumbuh dengan sempurna.

Disiraminya tunas pohon mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dijaganya pohon itu. Tidak lupa, jika ada rumput yang menganggu, segera dibuangnya agar terhindar dari kekurangan makanan.
 

Beberapa waktu kemudian, mulailah kelihatan putik bunga itu. Kelopaknya tampak mulai merekah, walau warnanya belum terlihat sempurna. Pemuda ini merasa gembira, kerja kerasnya selama ini mulai membuahkan hasil. 

Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Dia kelihatan hairan, sebab tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Dia menyesali akan mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya bunga yang indah ini. Tentu,duri-duri itu akan mengganggu keindahan mawar-mawar miliknya.

Pemuda itu mulai berkata dalam hati, "Mengapa dari bunga seindah ini, terdapat banyak sekali duri yang tajam? Tentunya ini akan menyukarkan aku untuk menjaganya nanti. Setiap kali kurapikan, selalu saja tanganku terluka. Selalu saja ada bagian dari kulitku yang terguris. Ah....pekerjaan ini hanya membuatku sakit. Aku tidak akan membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri pengganggu ini."

Lama kelamaan, pemuda ini tampak enggan untuk memperhatikan mawar miliknya. Dia mulai tidak ambil peduli, pohon mawarnya tidak pernah disirami lagi setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini kelihatan tidak bermaya. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan sempurna, bunga itu pun berguguran dan layu.

Jiwa manusia, adalah juga seperti kisah tadi. Di dalam setiap jiwa, selalu ada 'mawar' yang tertanam. Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat. Tuhanlah yang meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Seperti taman-taman berbunga. Sesungguhnya di dalam jiwa kita, juga ada tunas mawar dan duri yang akan merekah.

Namun sayang, ramai dari kita yang hanya melihat "duri" yang tumbuh. Ramai dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita yang akan berkembang. Kita sering menolak kedudukan kita sendiri. Kita kerap kecewa dengan diri kita dan tidak mahu menerimanya. Kita berfikir bahawa hanya perkara-perkara yang melukai yang akan tumbuh dari kita. Kita menolak untuk "menyirami" perkara-perkara baik yang sebenarnya telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tidak pernah memahami potensi yang kita  miliki.Ramai orang yang tidak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki mawar yang indah di dalam jiwa. Ramai orang yang tidak menyedari, adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan diri dan onak-onak kepesimisan dalam hati ini. Orang lainlah yang kadang harus menunjukkannya. 


Jika kita dapat menemukan "mawar-mawar" indah yang tumbuh dalam jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita, akan terpacu untuk membuatnya merekah, dan terus merekah hingga berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat kita berhasil untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu, dan mengabaikan duri-duri yang muncul. Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan yang ditawarkannya. Seperti ketenangan air telaga yang menenangkan kerumitan hati.
 

Mari, kita temukan "mawar-mawar" ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita. Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri, tetapi janganlah kerananya membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan- tangan kita akan terguris dan terluka, tetapi janganlah itu membuat kita bersedih nestapa.

Biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaanNya. Biarkan tangkai-tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik yang dikandungnya menjadi benih kebahagiaan baru bagimu. Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-bibit mawar cinta itu kepada setiap orang, dan menumbuh - kembangkannya di dalam taman-taman hati kita...

 

(Dipetik dari: http://nancyarsita.multiply.com/journal/item/39)

Harumnya Bunga Kesidang!

Bunga Kesidang / Bunga Kerak Nasi
( Sumber: Wikipedia )
Hari ni Kak Yah nak citer sikit tentang bunga kesidang. Kalau Kak Yah petik bunga ni mesti Kak Yah masukkan ke dalam beg tangan. Korang nak tau sebab apa? Sebab baunya harum sangat. Sebab tu jugalah ekstrak (pati) bunga ni digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Bunga ini juga dikenali sebagai bunga kerak nasi atau nama saintifiknya vallaris glabra. Kalau tak silap Kak Yah, bunga ni beasal dari seberang ( Pulau Jawa).

Daunnya berbentuk bujur dan bunganya kecil-kecil dan berwarna putih. Batangnya keras dan bergetah. Kalau dah terpegang getahnya kat tangan susah nak hilang, jadi kenalah cuci dengan sabun.

Bunga kesidang ni kembang pada waktu pagi, memanglah baunya wangi tetapi bila malam hari lagi wangi. Hehehe.. takut lak nak keluar malam ye... Pokok bunga ni juga hidup menjalar dan kalau rajin, buatlah para untuk ia bebas memanjat dan menjalar. Oh cantiknya! Lebah, rama-rama dan burung juga suka akan bunga ni!

Bukan saja cantik Kak Yah hoi... kawasan persekitaran pun menjadi wangi...hahaha...

Eh...! Ada orang  dengar rupanya...hehehe. Siapa pulak yang menyampuk tu? Takkan kita tengah tulis kat blog pun dia boleh dengar; isy, isy, isy...

Cara membiakkanya pulak ialah melalui keratan batang. Maknanya, potong je batangnya dan cucukkan ke tanah, pasti hidup. Pastikan tempat tu dapat cukup cahaya matahari. Akhir sekali, jangan lupa siram dia selalu.